Mencabar Kebiasaan




Wajah Ceria, Semangat Baru Mahasiswa Sabah


Ketika terdengar desas-desus bahawa GAMIS Sabah akan menghantar memorendum kepada Ketua Menteri Sabah Dato Sri Panglima Musa Aman, saya tersenyum. Hati saya berkata,'andainya ia satu kenyataan'..


Terbukti dan mereka telah membuktikannya, adik-adik saya ini tentunya sudah mengambil keputusan bahawa mereka bukan lagi mahasiswa asal-asalan, seperti robot yang tidak punya akal untuk berfikir, kontang dari gerak hati yang kuat untuk melakukan perubahan.


Mungkin ada kata-kata sinis yang kedengaran lewat penghantaran memorendum tersebut. Tak mengapa. Dalam suasana generasi Sabahan dan di tanah Sabahan ini sendiri yang agak asing 'melawan' orang besar yang punya kedudukan, ia tidak boleh dibanding-banding dengan akitivisma mahasiswa di semenanjung. Kerana apa?..panjang ceritanya, banyak bezanya.


Daerah Baru


Bagaimanakah perasaan anda ketika menjengah ke satu tempat yang tidak pernah anda terbayang untuk kesana?


Tentunya ia satu pengalaman perasaan yang sungguh menyeronokkan. Ketika itu, terlupa seketika penat lelah perjalanan yang baru ditempuhi sebentar tadi. Hilang ditiup angin cerita-cerita dongeng yang cuba menggugat perasaan untuk terus melangkah. Kerisauan yang mencengkam kemahuan akhirnya bertukar menjadi satu keyakinan yang tertancap teguh. Tinggal anda tersenyum-senyum sendirian, menikmati bayu di puncak kemenangan.


Daerah baru yang baru ditemui, membuka satu lagi ruang baru dalam hidup. Jika difikirkan sangat soal kekurangan-kekurangan yang ada, tentu tidak akan sampai menjelajah daerah baru ini. Jika ada orang mahu agar setiap langkahnya yang hendak terperosok kedalam lubang, sentiasa saja ada orang kebetulan disitu berdiri dan berkata, 'awas, ini lubang', ini adalah satu kemustahilan. Bagus juga kalau sesekali terperusuk masuk, sekurang-kurangnya tahulah kita, ada pengalaman bagaimana sakitnya jatuh ke dalam lubang.


Albert Enstein seorang ahli fizik yang terkenal di abad ini berkata, 'saya bukanlah siapa-siapa, cuma orang biasa yang penuh dengan tanda tanya'. Dengan tanda tanya itulah beliau meneroka dunia yang penuh tanda tanya ini lantas terhasil teori kuantum masa yang terkenal. Lalu ia cuba dikembangkan lagi oleh anak-anak muridnya sehingga ke hari ini. Ketika persoalan tentang keunikan hukum alam ini begitu mencetuskan rasa ingin tahu membuak-buak, Enstein ketika itu masih seorang pemuda dan hasilnya, beliau berjaya menjelajah ke daerah baru pemikiran. Membuka semangat baru kepada pemuda-pemuda saintis yang lain. Membuka dunia baru kepada kehidupan.


Seperkara lagi juga dari Enstein, katanya, 'suatu masalah biasanya dapat diatasi bukan dengan penyelesaian yang setara dengan masalah tersebut, tetapi dengan yang lebih baik dari masalah tersebut'. Ertinya, tidak sekadar melihat masalah bukan saja dengan menelusuri dimana puncanya, tetapi lebih dari itu, masalah yang terjadi biasanya disebabkan dimensi pandangan yang tidak pelbagai. Kebanyakkan penyelesaian tersebut ada disana, diluar kotak pemikiran dan kejiwaan yang ada ketika ini. Tanpa satu cabaran dan asakkan, jiwa dan pemikiran kita tidak akan mampu kesana, daerah baru pemikiran. Oleh itu, teruskan tradisi mencabar kebiasaan!





Syabas adik-adikku. Ayuh terus mara, hayunkan langkahmu ke medan juang!






Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Halusi Pendekatan

Berita berkenaan Faizal Julaili masuk UMNO bersama jawatan beliau sebagai Setiausaha AMK Negeri Sabah merangkap Ketua Pemuda PKR Bahagian Papar telah disanggah oleh Ketua Penerangan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sabah, Sdr Zainuddin Hassan. Bacaan yang mudah bagi orang politik, tentunya kerana peralihan Faizal tersebut ada nilai 'melemahkan' imej Angkatan Muda Keadilan dan Pakatan Rakyat.


Saya terbayang-bayang masyarakat di bumi bawah bayu ini disaat deretan kes seperti Faizal ini semakin berjangkit. Saya cuba meletakkan diri di tempat mereka sebagai petani, nelayan, peniaga kecil-kecilan yang kedudukan paras kemiskinannya tercorot di Malaysia. Pendapatan mereka cukup-cukup saja untuk menyara makan minum hari-hari, sekolah anak-anak dan keperluan asas yang lain. Selebihnya, untuk hidup sebagai rakyat yang punya hak merasai kemajuan ekonomi negara ini adalah tanggungjawab pemimpin yang mereka lantik. Kan sudah 50 tahun merdeka!..Tapi YB nya lompat lagi, lompat lagi dan lompat sikatak lompat.


Apakandaya, mereka terpaksa juga memangkah YB tersebut walau hati sudah tidak mampu menahan sebak.


Sebaik saja berita berkenaan kemasukkan Faizal Julaili kedalam Umno tersiar dalam Sabah Times, saya menemani bro Lahirul tengah hari itu berkunjung ke pejabat bro Abdul Razak Jamil, Ketua Pemuda AMK Sabah. Saya kurang maklum apa yang dibincangkan memandangkan itu cuma pertemuan mahabbah yang singkat, jadi saya kena memandu kereta Bro Lahirul pusing-pusing Asia City supaya memudahkan perjalanan balik nanti. Asia City agak sesak ketika itu, hendak memarking kereta agak melecehkan.


Satu tapisan agaknya kepada PKR Sabah memandangkan selera masyarakat disini lebih kepada parti tersebut berbanding teman-temannya PAS dan DAP. Positif ke arah masa depan Pakatan Rakyat, boleh dikatakan PAS juga ada peluang yang cerah untuk sama-sama menyumbang disamping DAP yang ada tempatnya tersendiri dalam kedudukan kerusi pada hari ini. 41 kerusi muslim di Sabah yang akan menentukan keputusan Pilihanraya Umum, PAS mungkin cuma perlu memikirkan pendekatannya dalam suasana semangat kesukuan yang masih agak tebal sekarang ini.


Tidak mustahil, tapi yang menghairankan mengapa PAS hilang deposit di Merotai PRU-12 sebelum ini?..Adakah kerana faktor pendekatan yang masih perlu diperhalusi?..soalan tersebut dibangkitkan oleh orang lama USNO, Sdr Abdullah Sani ketika bersembang-sembang selama hampir 3 jam berkenaan perjalanan politik di Sabah. Rezki kami bertemu beliau, banyak sudut pandang yang memperkaya lagi apakah waqie' sebenar di Sabah. Kuncinya, dekati masyarakat, pesan beliau lagi.


Mengapa Mesti PAS


Pendekatan Kamera yang kabur, kopiah putih saya saja yang nampak


Selain PKR dan DAP, PAS boleh juga dikatakan sebagai penentu yang mencorak arah mana senario politik negara pada masa akan datang. Jika mahu dikatakan PAS cuma parti doktrin politik semata-mata, tidak ada bezanya dengan parti lain itu memang benar. Itu petanda, PAS memang berhasil meletakkan dirinya dalam waqie' dan realiti di Malaysia pada hari ini. Jika ada yang mahu mengatakan bahawa PAS menggunakan agama untuk cita-cita politiknya, silakan. Kalau tidak guna agama, nak guna apa? hanya agama boleh menyelamatkan manusia dunia dan akhirat.


Yang sebenarnya, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang meletakkan undang-undang tertinggi iaitu al Quran dan Sunnah. Termaktub dalam perlembagaan PAS dan tidak ada lagi pertikaian. Mengapa dikatakan ia sebuah gerakan Islam atau Harakah Islamiyah?..kerana, sesiapa sahaja yang mengucap 2 kalimah syahada bermakna dia cuma ada satu identiti sahaja.


Identiti itu ialah "Ummatan Wahidah" iaitu ummat yang satu. Sejarah ummat yang satu ini begitu jelas tali menali sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi-Nabi terdahulu. PAS dengan merujuk kepada sejarah Islam yang terbentang panjang ini berusaha mengembalikan semula seorang muslim kepada sejarahnya yang terkandung didalamnya cara berpolitik, cara berekonomi dan cara beribadah selepas ia terputus semasa kerajaan Turki Uthmaniah.


Bersilat dalam suasana perang politik pada hari ini, tidak semestinya PAS terbawa-bawa atau dilihat sama saja dengan lawannya. Masih lagi PAS dulu kini dan selamanya berpandukan kepada kaedah ilmu fiqh dan matlamat syariah untuk menentukan sempadan antara perkara dasar dan perkara cabang dalam ugama. Bagaimana strategi politik PAS selepas ini akan dilumati sebaik mungkin dalam lingkungan perbendaharaan ilmu dalam Islam yang luas, Insya Allah.


Apakah pula seruan PAS kepada non muslim?...Syariatullah menyatakan Islam ini 'rahmat kepada sekalian alam" yang diterjemahkan kepada "PAS 4 All". Cukup jelas dari posisi dasar dan matlamat yang ingin dibawa. Apa yang banyak menjadi pertikaian kepada PAS sebahagiannya dalam zon cabang iaitu soal pendekatan dalam warna dan rentak yang pelbagai masyarakat di Malaysia. Bukan mudah hendak mengekalkan dasar dan matlamat pada sama, pendekatan mesti menari mengikut rentak terkini.


Justeru, mengikut resmi Pilihanraya Umum, sesebuah parti dilihat baik atau tidak bergantung kepada pendekatannya dan inilah cabaran besar kepada PAS di Sabah khususnya. Merai suasana setempat disamping idealisme politik merentas masa jika dicantum menjadi dinamika pendekatan, sedang diperbaiki dari masa kesemasa oleh ahli-ahli PAS yang komited dan konsisten.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Berjiwa Besar

Merpati Sejoli..Abg Nas & Kak Iman


Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kali ke-4 buat abang Nas dan isteri tercintanya Kak Iman. Sepanjang usia perkahwinan keluarga ini telah dianugerahkan 2 orang cahaya mata sebagai penyeri dan khabarnya 'in progres' untuk cahaya mata yang ke-3...mudah-mudahan panjang umur, murah rezeki.


Begitu juga teman-teman seangkatan yang pernah hidup sebujang, tidur sekatil dan makan setalam yang khabarnya sudah sampai seru, selamat melangkah ke alaf baru.


Berkenaan abang Nas, rasanya ada persamaan yang saya berkongsi rasa yang sama dengan beliau. Menjadi seorang petugas sepenuh masa pada zaman penubuhan awal PAS di Sabah tentunya beliau melalui suasana yang begitu berbeza berbanding apa yang saya dan sahabat-sahabat lain lalui sekarang ini.


Ketika PAS masih terlalu asing, menjadi seorang petugas sepenuh masa bukanlah pilihan yang popular bagi sebahagian pemuda. Ketika nama PAS sudah disebut-sebut oleh orang-orang kampung di Sabah ini, masih lagi ada yang segan di panggil 'orang PAS'. Tambah lagi kalau anak harapan keluarganya bekerja dan berprogram untuk PAS, bukan saja mak bapaknya pening kepala, bakal mak mertuanya pun jeling semacam, tergaru-garu kepala. Jangan tepuk dahi sudah.


..asing, memang asing...


Namun, apa sebenarnya yang tidak akan dilalui oleh orang yang punya cita-cita atau jiwa yang besar?..Berdepan dengan musuh sudah semestinya. Dikhianati teman seperjuangan sudah ada terjadi di depan mata. Terasa kesunyian di jeriji penjara sudah banyak berlaku. Terasa kehilangan kerana tidak punya harta itu sudah lumrah. Terasa kerdil, terasa asing dan banyak lagi....


...bukan hal yang biasa-biasa semua itu. Semuanya jauh dari pandangan, malah jauh lebih sukar untuk di mengerti oleh orang kebanyakkan. Kalau mahu perjuangan itu mudah, tentunya Nabi kita Muhammad S.A.W lebih dahulu berdoa supaya Islam ini sekonyong-konyongnya diterima saja oleh orang-orang quraisy. Mudahnya...


Ah..baca sendirilah sejarah tentang tokoh-tokoh besar dunia, atau belek semula buku-buku motivasi tentang orang berjiwa besar. Kuncinya ialah perngorbanan semua. Tuntutan ini bukan kepada seorang dua, tetapi seramai mungkin. Mustahil tokoh-tokoh besar tersebut mampu bertahan tanpa pembantu-pembantu yang sentiasa sedia memberikan bantuan. Setiap orang paling kurang pun berdoalah dengan hati yang ikhlas di hujung solat kalian.



Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di jalan Mu ya Allah. Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,

Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami yang sedang berjuang itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya ALLAH.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Bukan Benci

Memandangnya berulang kali pun tidak akan jemu-jemu. Pandanglah kesekian kalinya, bahkan hatimu bertambah tenang. Pandanglah lagi langit tuhan, tidak akan kau temui dimana-mana kecacatan.

Dari langit yang biru terbentang ke awan gemawan yang bergumpal indah, bawalah turun pandanganmu ke bumiNya pula. Sebaik-baik ciptaan dan paling menarik rasa kagum iaitu ciptaan bernama manusia.


Seni ciptaan tuhan yang maha halus, dijadikan manusia itu pelbagai rupa, bangsa dan suku-suku agar ia mudah dikenali. Tapi matlamat paling utama dijadikan-Nya perbezaan ini iaitu untuk saling kenal-mengenal, hormat menghormati.



Bencikah saya?





Sejak berpijak di bumi Kota kinabalu atau dulu diberi nama jesselton ini, saya semakin banyak mengenal keunikan kehidupan yang menggambarkan perasaan dan pemikiran yang pelbagai.

Bermula dari Teluk Sepanggar ini, saya bukan sekadar melihat dan mendengar malah merasai keramahan budi dari perbezaan yang pelbagai ini. Ke Inanam sedikit disana ada orang kenamaan yang punya keluarga besar. Masyarakat disitu memanggilnya Ustaz Nahar.

Ian abar nei?... ayat sapaan yang biasa terdengar setiap kali bertemu sesama 'sama' atau Bajau. Walaupun berkulit 'sama', semangatnya tetap untuk Islam berdaulat. Kami meneladaninya.


Turun lagi ke sebelah Kionsom, jauh dihujung sebuah kampung orang Islam yang damai bernama Kg Kobuni.Tidak pernah saya dinilai dengan wang atau harta, asal makmurkan Kg kobuni dengan dakwah itu sudah lebih dari cukup. Ramah dan lembut orang-orang lama menjemput setiap kali saya bertandang, membuatkan saya terasa ingin kembali seperti selalu. Alang-alang berada di Kg. majoritinya Dusun, belajarlah bahasanya.

'Bah, mamanau okupo', setiap kali saya meminta diri. Baru sedikit yang saya tahu, 'aman-aman' di Kg Kobuni sudah cukup puas hati.


'bah, logot-logot kio' mereka membalas.


Bersebelahan Kionsom, tidak berapa jauh iaitu Kg Inanam Laut. Kampung bakal YB DUN Karambunai 5 tahun akan datang ..Jomo Sama?..ayat yang paling banyak disebut setiap kali bertemu adindaku Abdillah Matlin. Saya tidak perlu menjadi 'sama' atau bajau, cukup beliau sebagai cekgu 'sama' saya, Insya Allah beberapa purnama lagi saya akan bertazkirah dalam versi bajau pula...

semberen tu kawin ta dendo sama?, Abdillah suka sangat mengajukan soalan maut setiap kali hendak berpisah. Terkekeh-kekeh saya dibuatnya.


Turun ke Selatan sedikit sebelah Putatan, sahabat-sahabat yang terdiri daripada golongan Ansar & Muhajirin kebanyakkannya terdiri dari tenaga pengajar. Terlalu ramai kalau hendak disebut satu-satu. Antaranya yang banyak menyumbang dalam dakwah iaitu Cikgu Hamid and da geng. Orang lamanya seperti Ustaz Mad Suaid, Ustaz Azman dan lain-lain. Orang mudanya pula bersemangat berkaptenkan Ustaz Azman. Antaranya Ahmad Tariq and da geng. Juga anak tempatan yang mencuri tumpuan dan sedang meningkat naik iaitu Ustaz Akmal...Bilalah saya boleh menyapa Ustaz Akmal, 'Assalamualaikum YB'...


Turun lagi ke sebelah Papar, saya banyak mengenali sahabat-sahabat suku Brunei. Kerana agak kurang 'bekurapak'nya, saya selalu menyakat beliau. Zulzaim kuat keazaman orangnya. Seorang lagi, Naqibah yang cukup disegani diseluruh pelusuk buana ini(cewah), siapa lagi kalau bukan Kak Jannah...kalau bertandang ke rumah beliau beraya, biasakanlah yang muslimin menyahut bila di panggil 'Awang'. Jangan buat tak tahu pula. Itu panggilan mesra orang Brunei ba...auu..


Naik semula ke utara sebelah Tuaran, disana ada bintang bernama Fairuz Bend. Seluruh pelusuk Tuaran kenal akan beliau asbab trade mark 'anak cikgu ben'. Juga mutiara terpendam di Kg Sabandar dan senyuman tawadhuk orang tenghilan Kak Faridah and da geng. Ada saja program berbentuk pengisian ruh Islam untuk anak-anak tempatan di Masjid daerah Tuaran. Melihat mereka istiqomah berprogram, terasa saya masih kurang istiqomah, dan masi kurang keikhlasan berbanding mereka di sana...sleng 'sama' orang tenghilan lebih mudah dari sleng 'sama' kota belud. Itu yang banyak saya belajar dari Fairuz Ben dan Kak Faridah.


Huh, makin teruja saya belajar bahasa Bajau.


Naik lagi ke utara ke lembah berbukit-bukit yang dikatakan 'centre of politic' di sabah iaitu kota Belud, asal-usul suku 'sama'. Sejarahnya banyak tersimpan di dalam kotak memori orang tua-tua disini. Hendak mendapatkannya, kenalah merendah diri duduk lutut bertemu lutut mendengar secara manual. Kota Belud ini juga pernah menjadi saksi pengIslaman beramai-ramai di zaman Tun Mustapa.


Adakah PAS akan muncul lagi di kota Belud pada PRU-13? sejauh mana ukuran kemampuan berdasarkan kekuatan?, jawapannya ada pada Ustaz Mustaqim Aling sebagai terajunya dan di dokong oleh barisan muslimat seperti Kak Soraya, Kak Runa dan lain-lain. Atau masih menunggu seorang lagi bintang Kota Belud yang masih jauh perantauan iaitu Sdr Zulhilmee. Si Fauzi pun apa kurangnya...


"Zulhimee, pesorong kam"


Ke tengah Sabah, betul-betul dibawah Gunung Kinabalu sebuah lembah bernama Kundasang. Lebih kurang 45 minit dari Kota kinabalu jauhnya Kundasang, disana pun ada bintang yang sedang bersinar namanya Azizul Julirin. Sedikit masa lagi, UMNO disana akan tergugat. Cakap orang sebelah kundasang-ranau pula lebih pekat katanya dari mana-mana bahagian di Sabah. Sekali dengar macam pemidato bunyinya. Bagi kawan-kawan semenanjung yang kurang terdedah, mereka kata macam orang indonesia orang Sabah bercakap. Begitu baku dan menepati sebutan tatabahasa sebenarnya. Itulah kelebihannya.


Terus ke sebelah pantai timur iaitu Sandakan dan Tawau. Sleng disana agak berdendang sedikit. Bajau, Bugis, Sungai, Tidong contohnya, ada unsur emosi yang menonjol dalam pertuturan seharian mereka. Dulu di Tawau ada rancangan 3 bahasa, sekarang saya tidak pasti.Apa yang pasti, ia menggambarkan bertapa rukunnya ketiga-tiga suku tersebut dan suku-suku lain di sebelah pantai timur.


Walaupun sesetengah pemudanya mahir dengan sleng tawau, tapi belum tentu boleh berbalas cakap bugis dengan saya. Sayang, kan dakwah akan lebih berkembang dengan menjiwai bahasanya. Apa yang menarik perhatian, anak-anak mudanya lebih kedepan dan berani menggalas tanggungjawab dakwah walau dalam usia muda. Memang 'perform' kata orang sebelah sana. Generasi PERPPISnya sudah bertebaran menabur bakti.


* * *


Makmurnya berbilang-bilang rupa dan bangsa bila dipayungi Rahmat Allah s.w.t. Kacau bilau berpanjangan bila perbezaan ini dirempuh oleh politik tidak bertuhan.


Cukuplah sampai disini dulu. Cukuplah keunikan di Sabah ini yang memang tidak dapat dipisahkan dengan aura kesukuannya yang banyak membentuk perjalanan politiknya. Bukan benci pada lidah yang dianugerahkan fasih bertutur Bajau, Dusun, Kadazan dan sebagainya. Bukan juga benci kepada setiap pembela bahasa dari pupus atau pembela hak peribumi dari dirampas. Pilihan yang akan menentukan benar atau batilnya tindakan yang datang kemudian. Adakah ia alat atau matlamat?...Dalam soal ini Ilmuan Islam telah mewariskan perbendaharan fiqh yang luas sebagai jalan keluar. Selain ini, saya tidak pasti. Selalunya ia menjadi sempit apabila kuasa dan harta sudah digenggaman. Akhirnya yang sudah begitu dekat untuk dicapai malah semakin jauh dan sukar untuk di himpun semula.


Bersusah-susahlah agar Islam itu matlamat tertinggi, tidak ada yang tertinggi melainkan Islam!

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Hijau Mentah lagi Hingusan

Hijau Lagi Mentah


Menyentuh tentang orang-orang 'perjuangan', terasa seperti ada hantu-hantu yang membayangi setiap baris kata yang saya tulis. Sehingga saya asyik memerhati kiri dan kanan, sesekali menoleh ke belakang. Mana tidaknya, kalau individu atau gerombolan tersebut sudah tegar berdiri ditengah-tengah gelora ombak politik, masak pula dengan asam garam perjuangan berpuluh tahun.


Ia membawa saya terkenang, kisah anak muda bernama Ibrahim a.s


"Apa yang kau tahu anak muda!..sergah si bajingan kepada sang pendekar. Begitu saya terbayang kisah seorang anak muda yang masih hijau mentah, cuba mencampuri urusan orang tua seperti dalam filem kependekaran Indonesia dulu-dulu.


Nada yang sama ketika Nabi Ibrahim membawa paradigma tauhid kepada orang-orang 'perjuangan' ketika itu. Lalu dengan misai yang dipintal sampai ke hujung, melemparkan pandangan yang tajam menggoncang perasaan. Nabi Ibrahim dipandangnya kerdil sekerdil semut yang sekali tenyeh saja sudah hapus dari dunia ini.


Anak hingusan!!!...Nabi Ibrahim di perlekeh.


Bakar dia!!!..ha,ha,ha...


Mungkin kerana angkuh dengan dengan pengalaman dan kuasa yang dimiliki, tidak disedari bahawa bukan Nabi Ibrahim yang sengaja berani-berani mencabar orang-orang 'perjuangan' ini. Melainkan telah ada jaminan bahawa, kebenaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan nabi-nabi selepasnya adalah dari Yang Maha Esa, dan pertolongan berupa kemenangan bersama-sama pembawa panji kebenaran ini kelak.


Namun begitu bukan semua, orang-orang 'perjuangan' ini berkubur dengan nisan sukunya atau kebangsaannya. Ada yang tunduk dengan hujah dan pemikiran tauhid, tukar kapal lain agar destinasinya menuju ke akhirat yang abadi selamat aman dan makmur.


Pintu Yang Satu






Sukarnya membuat penilaian dalam dunia yang penuh aneka warna ini. Alangkah sukar pula untuk membuat pemisahan yang manakah batil, yang mana kebenaran. Sedar-sedar anda telah terjun ditengah-tengah gegak gempita peperangan. Mahu tidak mahu, anda juga mesti ikut sama berperang. Duduk saja-saja, anda akan mati sia-sia. Persoalannya, kamu berperang di pihak siapa?..


Ada yang mangajak anda, "sertailah kami, kami bukan siapa-siapa, darah keturunanmu juga"..ada yang bersorak, "mari bersama kami, kita kembalikan hak negeri kita". Ada yang berdiri di pentas politik, ada yang memilih jalan bersenjata. Tertarik juga dengan laungan Islam dari satu kumpulan, tapi warnanya menakutkan, 'biru' pekat mata penghuni neraka.


Kamu di pihak mana?


Jika langkah perjuangan mu baru bermula, masuklah dari satu pintu. Pintu itu, pintu yang satu dimana Nabi-nabi terdahulu dan orang-orang saleh masuk melaluinya. Pastikan pula keluar dari pintu yang satu juga.


Jika sudah terlanjur berada ditengah-tengah peperangan, ingat semula dari pintu yang mana satu kamu melangkah masuk. Pintu itu bukan pintu 'kebangsaan', bukan juga yang sewaktu dengannya walaupun indah belaka slogannya, mempersonakan mata memandangnya, jatuh hati melihatnya. Lalu keluarlah dari dunia ini dari pintu keluar yang satu itu, pintu dimana para Nabi-nabi dan orang soleh keluar melaluinya.


Pintu masuk itu ialah kalimah tauhid, tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruhNya dan pintu keluar itu ialah pintu 'Husnul khatimah'. Dari pintu masuk itu sehingga ke pintu keluar itu, jalannya sangat jelas bagi orang yang ikhlas mahu menulusurinya. Carilah jalan yang lurus tersebut dan berjuanglah kerananya.


Jangan di sergah budak hingusan, jangan cemuh budak mentah kerana kebenaran yang dibawa. Kalau itu jalan yang lurus, serahkan dirimu...


Kepada orang-orang 'perjuangan' ini, mungkin tidak mampu saya mempersoalkan besarnya nilai perjuangan mereka ketika ini, cuma yang mampu sedikit nasihat dari anak muda yang hijau mentah, agar kita sama-sama bermula atau kembali ke pintu masuk yang sama dan keluar dari pintu yang satu juga.


Teruskan perjuangan!

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Secawan Air Panas Tanpa Radix



Saya sedang berhadapan pemandangan pagi yang cantik bumi kundansang. Puncak Gunung Kinabalu pun masih sangat jelas kelihatan dari arah penginapan saya. Sejuknya, hingga memaksa saya memanas air untuk melawan rasa gigil yang menusuk sampai ke tulang. Saya menghirupnya kosong tanpa Radix yang menyelerakan. Kundasang ini kampung adindaku Azizul Julirin, orangnya nampak 'cool' saja se'cool' kampungnya ini.


"Seperti muka orang cina orang dusun ini ya, tapi nampak lembut sikit", kata sahabat saya.


"mungkin kerana cahaya iman agaknya", beliau menambah lagi. Saya membiarkannya bermonolog seorang diri.


Kes yang sama, semasa dikampus dulu seorang rakan sekuliah saya yang pertama kali datang ke Sabah mengadu rasa hairannya tentang pelajar Sabahan. Katanya, dia agak terkejut apabila memberi salam kepada sesetengah pelajar Sabahan, dibalas dengan 'salam sejahtera' bukan dengan 'wa alaikum salam'. Bersungguh-sungguh beliau meminta penjelasan daripada saya mengenai pengalaman yang baru dilaluinya. Saya pun memulakan panglipurlara mengenai sejarah suku-suku di sabah ini.


Pada satu ketika, beliau agak keliru apabila saya mengemukakan pandangan berkenaan hal ehwal suku kaum di Sabah dari sudut pandang perundangan yang wujud dan sudut pandang kebanyakkan tulisan berbentuk kajian ilmiah. Isu 'konotasi' bangsa mengikut laras bahasa sabahan berbeza daripada apa yang difahami oleh rakan-rakan semenanjung. Adakah itu kesan daripada perundangan atau kesan daripada kajian ilmiah?..sebelum beliau mengalami kekeliruan tahap bahaya.....


"Kalau disemenajung cuma ada 3 bangsa, disini ada 62 suku kaum", saya menutup panglipurlara pada petang itu.





Kes lain ketika meraikan jemputan daripada Sdr Vincent Lee, Pengerusi Kelab Penyokong (kaum cina) Pas Pusat. Sebelum sampai ke Sabah, beliau singgah sekejap di Sarawak. Kata beliau, pendekatan politik di Sabah dan Sarawak kena banyak berbeza daripada Semenanjung. Beliau sendiri melalui pengalaman bertandang ke Sabah, mencadangkan beberapa saranan yang baik kepada PAS keseluruhannya dalam suasana yang ada dengan situasi kelab penyokong yang semakin mendapat sambutan dari masa ke semasa.


Saya mula terbayang, sekiranya kelab penyokong di Sabah ini betul-betul mendapat sambutan, alangkah ramainya ahli yang terdiri daripada 62 suku-suku kaum di Sabah. Itu belum kira cawangan lagi, tentu lebih meriah daripada semenanjung. Soal relevan atau tidak, itu bergantung kepada pendekatan yang dilaksanakan. Pendekatan yang bagaimana yang dapat memecahkan dinding pemisah antara kita dan suku kaum yang menjadi sasaran. Samada kelainan atau kelebihan, pendekatan kebajikan perlu di kembangkan lagi kerana ini merupakan jalan mudah untuk masuk Islam kepada golongan sasaran ini, walaupun memangkah PAS belum tentu lagi. Bezanya daripada semenanjung, memangkah PAS belum tentu mahu masuk Islam.


Lagi sedikit kelainan tentang sesetangah masyarakat Sabah yang agak lucu, anda jangan terkejut kalau ternampak seorang anak muda memakai 'kopiah PAS' tapi bajunya 'pergerakan pemuda UMNO'. Sesetangah surau atau masjid, Safnya nampak seperti 'orang PAS' dengan serban dan jubahnya, betapa melesetnya jika anda berpandangan seperti itu. Itu mungkin AJK UMNO Bahagian!


Namun jauh di sudut pemikiran, saya melihat realiti diatas bukan sekadar bahan senda gurau, kerana ia merupakan suasana yang terbentuk oleh respon mereka terhadap aktivis dakwah-politik yang digerakkan sebelum ini. Berusahalah, mungkin mereka belum ketemu ruh sebenar untuk kopiah, serban dan jubah yang mereka pakai itu. Bila masanya telah tiba, mereka akan berkata "kalau aku tahu, lama sudah aku masuk PAS".......


...Jangan tunggu perubahan datang, tetapi jadilah orang yang akan membuat perubahan

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

...Tanpa kamera



Tidak seperti hari raya tahun sebelumnya, seperti tidak sempurna jika ziarah ke rumah sahabat-sahabat tanpa menangkapnya dengan kamera..kali ini, saya benar-benar berhari raya tanpa kamera yang sentiasa siap menangkap suasana yang pelbagai..Walaubagaimanapun, ziarah akan tetap diteruskan juga..



Selamat berziarah mengeratkan silaturahmi

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Ramadhan Mereka

Ramadhan menjelang lagi. Fikiran saya terus melayang, teringatkan keluarga-keluarga muallaf yang pernah saya ziarahi dulu. Sesungguhnya, antara iktibar besar yang perlu kita cedok dari puasa iaitu sama-sama merasai rasa lapar orang-orang yang susah. Bagaimana puasa mereka disaat-saat waktu berbuka ? apakah ada juadah yang sedap-sedap seperti mana kita ?


Betapa disiang hari, kerja seperti biasa beratnya, mendaki anak-anak bukit entah apa saja yang dipikul di bahu. Digagahkan juga meneruskan puasa walau tidak terbayang pun dalam kepala air sirap sejuk yang memasahi tekak bila berbuka puasa nanti. Ketika maghrib menjelang tiba, mungkin hanya air sejuk yang ditadah dari celah-celah bukit, dipanas dan dibancuh dengan air kopi untuk seisi keluarga dan biskut marry yang sedia untuk dicecah, sebelum tidur berselimutkan embun sambil malam merangkak perlahan menyelubungi alam.


Itulah yang saya sedang fikirkan tentang Muhammad Raihan, Pakcik Abdul Halim, Makcik Soima dan keluarga muallaf yang lain. Mereka sepi walau dikelilingi saudara-saudara seakidah, mereka miskin walau dikelilingi saudara seagama yang punya segala-gala. Akankah nanti, setelah Ramadhan bertukar Syawal, mereka terus disitu, dihimpit derita dan sengsara walau untuk meminta-minta tidak sekali. Mereka terus di sudut itu, terbiar tiada siapa yang peduli walau akidah mereka bagai telur dihujung tanduk.

* * *

Menuju rumah makcik soima di kg poring-poring, jalannya tidak semudah yang kami sangkakan. Kami terkejut dengan jalan berbukit seakan-akan 90 darjah tahap kecerunan.





Cabaran seterusnya iaitu jalan yang masih belum berturap. Bimbang honda wave yang saya naiki tidak mampu terus mara mendaki bukit-bukit yang memeranjatkan keadaanya. Setelah beberapa kali melalui bukit-bukau, tersalah jalan sekali-sekala akhirnya kami bertiga pun sampai ke lokasi. Saya, Nadir dan Syaril belum boleh menarik nafas lega. Ini kerana hanya Syaril seorang saja yang pernah bertemu dengan ahli keluarga makcik Soima, itupun beberapa tahun yang lalu. Mungkin takdir Allah kami tidak sesat ke hutan mana, mudah jalan untuk kami bertemu lokasi rumah makcik Soima. Ketika sampai di laman rumahnya, waktu maghrib pun semakin hampir.




Herman anak yang kedua muncul dari ruang tamu tersenyum manis mempelawa kami naik. Saya biarkan Nadir dan Syaril naik dulu di beranda, takut terlebih muatan, roboh pula rumah makcik Soima. Setelah berasa yakin, barulah saya menyusul naik ke atas. Ketika itu, makcik Soima belum balik dari kebun. Herman kata, emaknya akan balik dalam setengah jam lagi. Sambil menunggu ketibaan, kami meluangkan masa berbual-bual tentang kehidupan di sini. Mengikut maklumat yang diberikan Herman, keluarga mereka merupakan satu-satunya keluarga Islam di kawasan tersebut. Herman sendiri mengakui tidak dapat menyambung pelajaran kerana faktor kemiskinan. Walaupun mereka berlima dirumah ketika itu, adik-beradiknya yang lain terus memencilkan diri, mendengar perbualan kami dari dalam bilik. adik-adiknya memang begitu, segan dengan orang yang tidak dikenali datang bertamu di rumah mereka kata Herman.






Oleh kerana waktu maghrib sudah agak lewat, kami bersiap-siap untuk solat. Sebaik melangkah masuk ke ruang tamu, bunyi lantai tempat kaki berpijak bergesel lembut kerana ia diperbuat daripada buluh yang anyam. Sungguh, sudah agak lama saya tidak berpijak diatas lantai yang diperbuat dari buluh yang dianyam. Kebetulan makcik Soima baru sampai. Walaupun agak terkejut dengan kehadiran kami namun beliau tetap berusaha menyiapkan apa-apa untuk tetamu yang tidak diundang.


Perbualan kami pada malam itu hanya diterangi cahaya lilin. Kami memaklumkan kepada beliau tujuan kedatangan kami ke sini. Sedikit sumbangan berbentuk keperluan seharian dari Dewan Pemuda PAS sebagai tanda prihatin kepada saudara seakidah. Bersama dengan sumbangan tersebut, sebuah potret lima lagi anaknya yang masih berumur belasan tahun kini sedang menuntut di rumah anak yatim Tambunan. Sayu tergambar di wajah ibu tunggal ini menatap wajah anak-anaknya yang tersenyum indah dalam potret. Beliau begitu gembira bercerita peningkatan anak-anaknya sejak belajar di sekolah anak yatim, jiran-jirannya pun turut bercerita mengenai kebaikan akhlak anak-anak makcik Soima. Solat tidak pernah tinggal, aurat pula sentiasa dijaga, sopan santun dengan orang tua.


Menceritakan pengalaman hidupnya setelah kehilangan suami 2 tahun lalu, terasa hiba menyelubungi suasana. Tanah tempat tiang-tiang rumah tinggalan suami beliau ini didirikan, tidak lama lagi akan diserahkan tanpa rela kepada pihak-pihak tertentu. Saya sendiri berasa kagum dengan semangat beliau membesarkan anak-anak dengan penuh kepayahan.


Walaupun banyak lagi yang hendak disembangkan dengan makcik Soima, kami terpaksa meminta diri kerana ada perkara yang lebih kami risaukan. Malam yang semakin gelap, ditambah pula dengan kawasan kampung yang tidak mendapat bekalan elektrik, bimbang risiko tidak berjumpa jalan pulang. Saya terfikir kalau hujan turun pada malam ini, dengan keadaan jalan yang belum berturap, alamat tercampak ke gaung kami semua.


Kami tinggalkan keluarga makcik Soima, dengan harapan dapat bertemu lagi.



Teringat saya Ramadhan mereka...



...dan Syawal mereka...







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Generasi 'Laskar Pelangi'

...'Penerbangan dijangka akan tiba 20 minit lebih awal dari dijadualkan'...suara anak kapal memaklumkan para penumpang AirAsia yang bertolak pada pukul 2.30 petang dari Kota Kinabalu.

Kali ini saya mahu berjalan-jalan, merasai suasana KL Sentral. Awal-awal lagi saya maklumkan kepada sahabat saya Sdr. Hendry agar mengambil saya di KL Sentral. Sebelum ini, tiba saja di LCCT, saya terus dibawa lari ke Negeri Sembilan tanpa sempat menaiki bas ke KL Sentral. Sungguh prihatin sahabat saya yang seorang itu.

'tuan, enta amik ana di KL Sentral ya', ana memujuk dalam sms. Lagi bagus, tidaklah menyusahkan beliau yang terpaksa menunggang motor dengan lesen dan road tax yang sudah 'expired'.


Generasi 'Sabah Baru'


Kalau tak silap, sebelum bertemu Jalan Raja Laut, kena lalu Jalan Chow Kit dan Petaling Street. Pertama kali bersiar-siar sekitar KL pada waktu malam, saya sedaya upaya mengimajinasi setiap lokasi jika pada waktu siangnya. Setahun sekali 'terpijak' KL sejak 2 tahu lepas, banyak yang hilang dari yang tersimpan dalam memori ingatan.




Ziarah saya ke Jalan Raja Laut agak bertuah. Hari ini, saya lantas dijemput oleh Bro Suhaizan Kaiat duduk ketika perbincangan tentang beberapa isu 'negara' yang sedang hangat memenuhi ruang. Besoknya pula sekali lagi saya dijemput oleh Ustaz Azman Syapawi berbincang-bincang juga soal mengatur & mentadbir negara. Masalah ummat & Negara, tidak ada lagi yang lebih besar untuk dirisaukan oleh abang-abang saya ini. Walaupun saya nampak kerdil berbanding topik yang sedang dibincangkan, saya seperti sengaja didedahkan dengan idea-idea yang besar impaknya kepada generasi akan datang, juga pendaulatan hukum Islam yang menjadi tujuan para mujahid.


Mungkin ada pihak cuba membuat kesimpulan, mengapa besar sangat agendanya? Banyak lagi soal yang kecil-kecil belum selesai. Apa dalam kerja-kerja dakwah, isu-isu yang nampak didepan mata sudahkah selesai.


Ya, kita akui, banyak lagi persoalan didepan mata yang belum selesai dan tidak akan selesai serta merta.


Mengapa perlu gerakkerja yang kita usahakan ketika ini sentiasa saja dikaitkan dengan hujung cita-cita yang jauh nun disana untuk digapai? dalam bahasa organisasi, Visi sentiasa menjadi tujuan setiap perancangan. Setiap perancangan perlu melangkaui objektif agar ia tidak bersifat semasa malah lebih dari itu, ia perlu bersifat berterusan melangkaui masa dan situasi. Visi yang menjadi tujuan manusia diturunkan ke dunia ini, akan menghimpunkan semua objektif semasa dalam satu jalur matlamat dalam kerangka hamba yang visinya menjunjung tinggi undang-undang dari langit.


Semua telah maklum tentang visi, samada yang haraki mahupun yang bukan haraki. Tinggal lagi bicara soal objektif atau saya suka menyamakannya dengan realiti. Realiti ini membawa kita semua turun dari langit visi ke bumi tempat berpijak yang kita hirup udaranya sekarang ini. Apa yang namanya ideologi bernama demokrasi, perkauman, teknologi maklumat, kesan globalisasi semua ini tidak dapat tidak, mesti menjadi bahan cernaan bagi akal kita. Daya serapan yang lemah dan proses cernaan maklumat yang tidak bertenaga bakal memberikan kesan akhir yang serius terhadap daya intelektual.




Saya cuba memahami bentuk masa depan politik di Sabah dengan menjejaki semula sejarah pergolakan politiknya sejak mula Sabah bergabung dengan Tanah Melayu. Umumnya, walaupun cita-cita Islam antara agenda besar tokoh-tokoh seperti Tun Datu Mustapha, masih lagi faktor Nasionalis sangat-sangat membayangi perjuangan tokoh-tokoh tempatan ketika itu sehingga nampak kabur antara cita-cita Nasionalis dan cita-cita Islam.


Jika kita semua gempar tentang rampasan kerajaan Negeri di Perak oleh barisan Nasional, terkedu dengan tindakan Sultan yang membelakangi undang-undang, teruja dengan Pakatan Rakyat, saya kira Sabah sudah melalui detik-detik tersebut. Pengulangan sejarah yang kita semua percaya pasti berlaku, kadang-kadang malah selalunya kurang dicermati oleh para da'ie yang mengakibatkan PAS hanya nampak di Semenanjung. Orang Sabah sendiri, seperti mencarik-carik bulu ayam, dengan harapan bertemu dengan PAS Sabah.

Inilah cabaran generasi 'sabah baru', bagaimana memobilasi keintelektualan yang mendasari penilitian, penilaian dan idea bernas untuk memberi jawapan terhadap isu-isu di Sabah dengan tujuan Islamisasi dari semua sudut.


Atau, apakah sebenarnya kita yang tidak yakin janji Allah, bahawa dia akan meletakkan agamaNya ditempat kekuasaan? ..Bila waktunya telah tiba, kita tertengadah lagi kerana terhantuk pada perkara yang berulang. Saya sendiri sudah berapa kali. Saya percaya anda semua juga akan...



Generasi 'Laskar Pelangi'





Sepanjang 3 hari menginap di Akademi Tahfiz Bestari Sg. Pusu, saya dihiburkan oleh telatah pelajar-pelajar Tahfiz yang rata-ratanya berumur 1o tahun. Bermacam-macam gelagat, walaupun saya tahu, mereka adalah anak-anak yang yang dipinggirkan hidup tidak berpunya. Muaz ditinggal kedua orang tuanya yang hilang entah kemana. Adam dan Aiman saudara kembar cuma mampu merasai kasih sayang seorang ayah setiap hujung minggu kerana bahana perceraian. Ada anak seorang ibu tunggal, ada anak yang tidak tahu asal-usulnya.


Keberadaan mereka di Akademi Tahfiz ini, saya yakin dan berdoa jalan yang mereka tempuhi ini merupakan perancangan Allah, untuk satu tabir yang tersingkap pada satu masa nanti, merekalah pemegang panji-panji agama ini. Selagi adik-adikku ini istiqomah mengejar pelangi mereka, pasti di hujung sana janji Allah sedang menanti.


Saya banyak bertemu dengan individu yang hebat-hebat. Sebahagian besarnya bukanlah siapa-siapa, mungkin anak seorang nelayan atau anak seorang yatim, namun sedih duka lara kehidupan itulah yang membentur jiwanya menjadi seorang yang kental dengan cabaran, mengejar cita-cita tidak pernah jemu.


Sebab itu kita semua adalah laskar!


Wahai Laskar, kejarlah pelangimu!







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Masih Ada Yang Sayang

Tidak sampai 3 hari hampir 5 buah negeri saya kunjungi. Peluang berjalan-jalan sebegini jarang-jarang muncul, hanya apabila Muktamar menjelang tiba sahaja barulah ada peluang.


"mai cek mai cek mai"...jalan punya jalan, pusing punya pusing, saya telahpun menjejakkan kaki di Negeri Kedah Jelapang Padi. Dalam kepala saya cuma satu saja, Radix Fried Chicken!


Ngeee..sentuhan pertama Radix Fried Chicken


...Memandangkan inilah kali pertama kami semua ( kecuali en. Roslan ) merasai nikmat sebenar Radix Fried Chicken yang digembar gemburkan oleh sahabat-sahabat dari Kedah, terlupa saya seketika nun jauh disana Gunung Kinabalu. Indah khabar, indah lagi rupanya Radix Fried Chicken. Mungkin kerana sentimen, pengasasnya merupakan seorang bekas ketua pemuda dan calon PAS yang kalah bertanding DUN, Radix F.C bersaiz mega combo menjadi pilihan. Jauhnya perjuangan kami untuk sampai ke Sg Petani ini, Radix Fried Chicken jadi 'ghanimahnya'.


..tak sayang lagi kah?


Begitulah agaknya soalan-soalan berunsur cemburu lauk-pauk di Sabah bila melihat saya asyik tersebut-sebut nama R.F.C..kesana-kemari asyik R.F.C saja...


Masih Ada Yang Sayang


Kita akan turun ke Sabah!...gemuruh suara bertakbir


Setelah melihat UMNO bersimpuh megah di persada politik Sabah dan Sarawak, kemenangan terasa dekat untuk digapai, tapi jauh untuk dicapai oleh Pakatan Rakyat. Mengapa baru sekarang ya?..ingat sudah tidak sayang lagi..





Ceroboh apa yang tidak dilakukan UMNO-BN di semenanjung, tidak dilakukan di Sabah!..Kalau mereka berani merampas kerajaan rakyat di Perak, ingat dulu mereka pernah rampas kerajaan PBS yang dipilih rakyat melalui saluran demokrasi


Cemar apa yang tidak dilakukan oleh UMNO-BN disemenanjung, tidak berlaku di Sabah!..kalau mereka berani mencemarkan demokrasi lalu membodohkan rakyat dengan manipulasi media, seolah-olah merekalah tuah rakyat Sabah pada setiap kali menjelang pilihanraya dengan atap-atap zink, kain pelikat dan wang kopi untuk orang kampung.


Ingat dulu, rakyat Sabah pernah mendahului kerana begitu berani menukar corak pemerintahan dengan begitu drastik. Tidak cukup USNO, naik Berjaya, tumbang PBS...kerana tuah UMNO-BN, rakyat Sabah hilang 'skill' mengubah pemerintah yang tidak ikut cakap rakyat. Akhirnya, rakyat Sabah ketinggalan 10 tahun kebelakang, kerana disengajakan begitu. Rampas tanah, rasuah, rompak harta kerajaan, kristianisasi tidak usah dibilang, cuma tiada siapa yang berani bongkar.


Sejak dulu lagi..kenapa baru sekarang?


Setelah jawapan kemenangan hanya tinggal Sabah dan Sarawak, baru teringat kami disini.Risaunya, macam sudah tiada yang sayang.


..Mujur Tuan Guru Presiden melurutkan kata-kata harapan cerah di dada kami semua.

"Tumpu Sabah dan Sarawak"..



rupanya masih ada yang sayang...







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Merakyatkan Dakwah

..Baru semalam saya menghadiri kursus Psywar anjuran Pakatan Rakyat, dan isi pembentangan oleh Sdr. Romli Ishak nampak ada sesuatu yang baru. Memandangkan beliau telah banyak terlibat dalam Parti Keadilan Rakyat sejak ia mula ditubuhkan, penyampaian dari satu point ke satu point pembentangan begitu padat dan sarat dengan fakta bersambalkan realiti.



Sdr Romli Ishak, tidak lokek berkongsi maklumat




..masih terbayang-bayang lawak-lawak spontan beliau, penuh makna.



Turun Padang Vs Dakwah


Bagi seorang YB, turun padang bersama rakyat merupakan aktiviti wajib dan termaktub dalam tugasan seorang pemimpin masyarakat. Ketika inilah, rakyat atau masyarakat akan menilai jauh atau dekatnya pemimpin yang mereka pilih masa mengundi dulu. Betapa kekoknya di zaman pasca politik ini, YB mee segera yang senyumnya baru berlatih depan cermin semalam, kerana jadual 'turun padang' bersama rakyat pertama kali hadir dalam mimpi seorang YB.



Pentingnya turun padang seorang YB sehingga ia bakal menentukan jatuh bangunnya beliau di mata masyarakat.



Turun Padang itu, jika mahu dikembalikan kepada seorang muslim sebenarnya tidak ada apa-apa yang baru bermula sebelum lagi seseorang dipilih menjadi YB. Sejak ia mengucap kalimah syahadah, maka bermulalah tugasnya sebagai seorang muslim untuk menyantuni dirinya, keluarganya, jirannya sehingga tumbuhan wal binatang yang hidup di bumi Allah ini. Kebajikan bagi diri muslim diangkat tinggi, sedang kezaliman di matanya adalah buruk seperti aib yang mesti disembunyikan dari mata orang. Mengajak kepada kebaikan ertinya menyelamatkan semua yang bergelar insan dari kejahatan tidak mengenal tuhan, dan perkara inilah menjadi tujuan perjalanannya. Turun padang ini, sebelum ini disebut sejak lama dulu dalam ungkapan yang sangat indah iaitu 'dakwah'. Anda mahir berdakwah, bermakna anda lebih dari seorang YB.



Dakwah Arus Perdana


Dakwah, dakwah, dakwah..Politik? Secara keseluruhannya, apa yang disampaikan dalam kursus Psywar Pakatan Rakyat iaitu kebersamaan. Berkepuk-kepuk strategi dalam dada, akhirnya perhiasan cuma jika proses menguasai minda sasaran undi atau melunakkan serangan propaganda musuh ( BN-UMNO) tidak diikuti oleh proses seterusnya iaitu kebersamaan. Ini samalah dengan anda sedang memanggil ke mari seseorang untuk datang dibalik pintu yang terkunci. Maksud saya lagi, dakwah anda mestilah dijalur politik dan politik anda mestilah dijalur dakwah. Dakwah tanpa politik, kata Al Ustaz Fateh Yakan 'tidak cukup umur' lalu tenggelam di perjalanan zaman. Politik tanpa dakwah?...UMNO lah jawabnya.



Bagaimana kebersamaan ini diungkapkan dalam realiti sebenar apatahlagi di arus perdana?


Saya cukup gembira bila Sdr. Romli Ishak yang cukup berpengalaman itu menyebutkan dengan jelas bahawa hidup bersama denyut nadi masyarakat bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan terutamanya oleh generasi muda. Cukup anda mendapat kepercayaan oleh orang kampung untuk mengepalai majlis-majlis tahlil atau khatib solat jumaat, anda sebenarnya telah berjaya mengarus perdanakan sebuah nilai yang disebut 'dakwah'.



Doa Selamat untuk Ikhwan Saifullah




di acara kemucak selesai mengepalai doa selamat



Kebetulan saya baru juga di amanahkan oleh orang kampung menguruskan solat jumaat, membacakan tahlil dan doa selamat. Berbekalkan kata-kata semangat Sdr. Romli semasa kursus tersebut, tidak mustahil PRU-13 UMNO-BN akan tumbang di Sabah kalau ada lagi 1o orang pemuda Pakatan Rakyat melakukan tugas yang sama.



..kalau begitu bolehlah saya bermimpi bergelar YB...kuuu semangat...










Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu....

"...Sudah sunnah orang berjuang, mengembara dan berkelana.."


Nostalgia Nadamurni lembut mendendang perjalanan kami menuju destinasi nun ke pantai timur Sabah. Kebiasaannya laluan yang kami pilih untuk ke pantai timur mesti memanjat bukit-bukau bermula dari daerah Tamparuli mengunjur panjang sampai ke Ranau. Kabus yang kadang-kadang menyapa perjalanan, ditambah pemandangan bukit-bukau yang berbalam-balam dari kejauhan dan mata pula tidak puas-puas menatap wajah gunung kinabalu yang tersergam indah. Pada ketinggian sebegitu, anda akan terasa seperti berada di puncak dunia.






Allah, besarnya keagungan-Mu Tuhan.


Terasa begitu kerdil tubuh ini memohon izin lalu di celah-celah pasak-pasak gunung-ganang yang kukuh berdiri. Semakin tinggi mata berlari ke puncak Kinabalu, semakin jatuh kehinaan diri yang lemah ini. Tinggi-tinggi gunung kinabalu, semakin tinggi rasa keagunganMu Tuhan.


Kembara Bermula


Musafir ke Tawau kali ini agak berlainan kerana perjalanan yang akan ditempuh bermula dari arah keningau menuju kalabakan merentasi jalan lori kayu balak yang tidak berturap sejauh 100 Km. Satu pengalaman yang ditunggu-tunggu memandangkan inilah kali pertama kami semua melalui jalan tersebut. Apa-apa saja yang terbayang-bayang di minda saya, entah betul entah tidak. Kalabakan seakan-akan sudah berada didepan mata saya.



Memasuki jalan yang berlum berturap



Jalan berturap yang terakhir seingat saya iaitu di daerah Nabawan, entah apa nama jalan tersebut. Bunyi batu-batu bergerutu ketika pesona hitam yang kami naiki secara perlahan-lahan menandakan kawasan jalan berturap telah berakhir. Pada 100 km ke hadapan, jalan berbatu kerikil dan berdebu akan kami tempuhi. Kiri dan kanan jalan seperti yang dimaklumkan, hanya hutan belantara. Di depan kami, sebuah lagi kereta CRV menjadi tekong memandangkan ia agak sesuai dengan keadaan yang jalan yang sebegitu.





Sesekali trip kami berselisih dengan lori balak yang sarat dengan kayu balak yang entah dari mana datangnya. Ada yang sarat dengan muatan kayu balak, ada yang kosong dan ada juga yang membawa kepala lori sahaja. Jalan Nabawan-Tawau ini, tidak ada kabus yang dingin yang hendak ditangkap tangan seperti di Kundasang-Ranau, melainkan kabus debu-debu yang mengerutkan kening anda kerana menghalang jauh pandangan mata ke depan. Setiap kali berselisih, debu!, dan begitulah sepanjang perjalanan.




"Siapalah toke kayu balak nie, mesti kaya giler..."..hah, soalan yang tidak diundang. Kesitu pula otak saya melihat tumpukan kayu balak sebesar sepemeluk di belakang lori.


Mujurlah batu-batuan sepanjang jalan raya cuma sepesen batu kerikil semuanya. Cuma kadang-kadang keadaan jalan yang berlopak disana-sini pula menjadi medan ujian kecekapan pemandu kenderaan. Selain lori kayu balak, kadang-kadang rombongan musafir kami bersapa mata dengan pekerja-pekerja yang sedang membaiki lereng bukit yang runtuh ke tengah jalan, di tengah hutan belantara ini!...hotel mana, kampung mana mereka menginap tidak tahu...



R&R Urut-Nurut



"Apa nama tempat ni makcik?, saya bertanya kepada Makcik Rosleha.

"Urut-nurut", jawab makcik Rosleha ringkas. Slang bajaunya saya masih perasaan, namun agak keliru sedikit dengan warna kulitnya, macam suku Bugis. Pemilik gerai makan belasan tahun di tengah-tengah hutan belantara antara Nabawan -Tawau.


Biar betul makcik Rosleha ni, apa yang dibuatnya ditangah-tangah hutan ini. Saya macam tidak percaya. Beliau yang asalnya dari Kota Belud berhijrah mencari rezeki katanya, membuatkan rasa mempertikai keputusan tersebut semakin tinggi. Tapi, apalah yang hendak dikisah sangat kalau sudah rezekinya disitu. Saya menjawab untuk saya.


"Inilah dia R&R Nabawan-Tawau", saya melawak dengan sahabat-sahabat yang asal semenanjung. Masing-masing tergelak kecil. Sampai di gerai makcik Rosleha ini, bermakna kami telah sampai betul-betul ditengah-tengah perjalanan antara Nabawan-Tawau. Satu lagi pesan saya, sepanjang jalan anda tidak akan bertemu dengan sebarang kedai membaiki tayar atau stesen minyak, maka sediakanlah payung sebelum hujan.


Jauhnya perjalanan pasti ada destinasinya. Walaupun kami belum sampai ke lokasi sebenar, melihat papan tanda Kalabakan-Tawau itu sudah membuatkan hati lega seketika. Sampai sahaja di bulatan papan tanda Kalabakan-Tawau, jalan akan berturap semula. Cabaran kali ini pula iaitu jalan yang beralun, jika tidak selaras dengan kelajuan dan kecekapan pemandu, alamat terbang melayang ke gaunglah anda semua. Tidak pasal-pasal anda sibuk-sibuk mencari siapalah YB di Kalabakan ni untuk di....tut....hamun.





Alhamdulillah...Sejak jam 9.00 pagi tadi kami bertolak dan sekarang jam sudah menunjukkan jam 1.30 tengah hari. Dari Kalabakan ini, untuk sampai ke Tawau mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itu kira sudah kira dekat. Ketika ini, apa-apa tentang isi mesyuarat Exco DPPNS sesi 2009/2011 masih belum ada mood untuk di fikir-fikirkan. Letih dan sebagainya kerana perjalanan yang tidak sesuai untuk tidur nyenyak jika dibanding dengan lebuh raya, yang dengan pemandunya sekali boleh tertidur nyenyak.



..tut..hanset kami masing-masing mula berdering, tanda line sudah masuk. Mesej yang kami terima dari saudara Firdaus, Setiausaha DPPNS sesi yang baru ini menyatakan Mesyuarat akan bermula pada jam 2.30 petang ini. Inilah sedikit catatan perjalanan perjuangan di Sabah ini, yang waqie'nya punya situasi tersendiri. Musafir berjam-jam hanya untuk mesyuarat 2 jam. Tidak sempat kemana-mana, atau balik menjenguk keluarga, malam itu selepas ceramah Pakatan Rakyat kami segera bertolak balik ke Kota Kinabalu lewat tengah malam melalui jalan yang sama. Begitulah gambaran pada masa-masa akan datang, liku-liku dakwah di Sabah ini.


Bukan hendak tergesa-gesa, tapi masing-masing pula harus memenuhi komitmen lain terhadap sedikit bisnes yang baru setahun jagung. Siapa tidak risau, tapi kepada Allah jualah tempat berserah. Moga pengorbanan yang sedikit ini, jika impak besarnya mampu menarik empati anak Sabah untuk turut sama menyinsing lengan, sekurang-kurangnya mampu menjawab kritikan-kritikan berhambur dengan teori-teori yang jauh dari realiti sebenar. Moga bertemu titik temu antara kita.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Tribute Untuk 2 Mantan Ketua Pemuda

Cikgu Anuar (kiri), cikgu Nasir (kanan)


Mengenali dua sosok ini membawa saya membelek semula sisa-sisa memori yang masih segar. Mantan Ketua Pemuda PAS Tawau Cikgu Nasir Ali dan Cikgu Anuar Ali, Mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah merupakan dua tokoh kepimpinan yang menjadi icon kepimpinan anak muda di sebelah pantai timur dan pantai barat Sabah.




'Patah tumbuh hilang berganti', itulah pepatah yang agak sinonim apabila bertukar gantinya sesi kepimpinan, dari orang lama kepada orang muda. Orang lama biasanya kaya dengan pengalaman, manakala orang muda, penuh dengan idea segar dan semangat yang membara. Jalinan pengalaman dan idea antara orang lama dan orang muda jika dimanfaatkan sebaiknya sudah tentu mampu membawa kematangan dalam gerakkerja. Begitu sekali kuatnya ikatan, dekatnya kasih sayang antara orang lama dan orang muda seperti perumpamaan, jika tidak kerana bulan, tiadakan laut pasang dan surutnya.



Amatlah rugi, jika barisan kepimpinan anak muda yang mahu menyebarkan dakwah tidak dapat mencedok sedikitpun dari pengalaman orang yang terdahulu merintis jalan dakwah di Sabah ini. Oleh kerana saya hanya sempat melalui zaman 2 tokoh kepimpinan di Sabah ini, tidak bermakna saya tidak melihat kepada tokoh-tokoh dakwah yang lain. Hanya ini saja ruang pada kesempatan yang ada untuk menulis. Saya percaya ramai lagi....


Disebelah pantai Timur sana, siapa tidak kenal dengan Cikgu Nasir. Beliau merupakan 'Mursyidul Am' madrasah Persatuan Putera Puteri Islam Sabah. Insan berjiwa tarbiah ini, cukup tabah mendidik dan membentuk anak-anak muda remaja yang tiada asas kefahaman Islam, dari satu kepada dua kepada tiga, hinggalah lahirnya pemimpin-pemimpin muda di mana-mana kampus, kepimpinan di peringkat kawasan dan peringkat negeri. Inilah yang membuatkan saya kagum terhadap kemampuan beliau, mengasuh dan mendidik anak-anak Sabahan yang tidak pernah kenal jemu.


Tanyalah adik-adik PERPIS. "Siapa icon kepimpinan anda?


..."Cikgu Nasir", jawab mereka


Mengepalai Dewan Pemuda di Kawasan yang menjadikan DUN Merotai pada PRU ke-12 sebagai sasaran semestinya menjadikan beliau seorang yang sangat teliti dalam soal-soal pengurusan. Situasi gerakkerja yang semakin kompleks, sudah tentu, mengikut prosedur dan kekemasan sistem menjadi penekanan di mata beliau.


Disebelah pantai barat, siapa pula yang tidak kenal dengan cikgu Anuar Ali. Darilah petani di lembah kundasang, hingga tokey besar di Kota Kinabalu, sebut saja nama beliau.."siapa tidak kenal cikgu Anuar". Lihatlah peta Sabah yang luas, sebuah negeri yang sama luasnya dengan 13 buah negeri di Semenanjung, tidak ada satupun daerah yang belum dijejakinya kecuali Long Pasia. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja trip kembara keluar masuk kampung-kampung di pedalaman samada untuk menyampaikan tazkirah ataupun menyampaikan khidmat masyarakat.


Antara tarikan peribadi yang ada pada beliau iaitu kemampuannya berdiplomasi dengan baik. Ada suatu ketika, orang-orang kampung tidak jemu memanggil beliau datang berceramah, pada masa lain, orang-orang kanan Parti tertentu, suka meminta pandangan daripada beliau. Berhati-hati jika berhadapan dengan beliau, dengan mudah saja hati anda dijinakkan oleh beliau..ha..ha..termasuk saya..


Suasana masyarakat di sebelah Pantai Barat Sabah yang masih kontang dari sudut asas kefahaman Islam menjadi sebab utama method dakwah beliau lebih kearah dakwah dan kebajikan. Pada masa yang sama, ramai dikalangan golongan berpendidikan mula berminat kepada Islam. Peluang inilah yang tidak dilepaskan oleh beliau untuk memanfaatkan dan mengurus semua sumber tenaga manusia di sekeliling untuk bersama-sama menyumbang kepada dakwah Islam. Inilah keunikan yang ada pada Cikgu Anuar, 'Kreatif'.


Berwajah manis dan memudahkan urusan orang lain itulah kebiasaan beliau.

* * *


Kedua-dua insan murabbi ini, ada keistimewaan yang wajar dicontohi. Pengalaman dakwah mereka dari sudut method dan pengurusan adalah permata berharga untuk penggerak-penggerak dakwah memulakan langkah di bumi Sabah dalam era pasca tsunami '@#politik%#'. Satu kelebihan besar andai kita mampu mengasimilasikan karakter dua mantan Ketua Pemuda ini, dalam diri kita dan gerakkerja Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah sesi 2009/2011.

* * *


..Sebuah pengalaman tidak akan bermakna jika kita tidak mampu belajar darinya. Inilah yang membezakan pengalaman seorang anak muda dengan pengalaman orang yang terdahulu 'makan garam', sebuah menu bernama perjuangan. Belajar dari perjuangan bermakna merelakan diri untuk jatuh ke bawah di lembah berduri, terbang tinggi melangit angkasa membawa obor cita-cita perjuangan. Asam garamnya ada pada resah yang kerap menjengah, kekurangan yang dingin menghimpit, pengorbanan yang bertali arus, namun disebaliknya adalah ketenangan yang menyapa lembut, jiwa yang terhampar luas, semangat yang tak kunjung malap, tekad yang kukuh berdiri....


Betapa kuat daya dan usaha, namun sebuah perjalanan insan bernama murabbi hanya secebis yang mampu diungkapkan.


...terima kasih daun keladi, budi tuan kami semat di hati



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer