Kemenangan itu apa?


The Father of India

Orang lain mungkin sudah agak lama mengkhatamkan buku ini, 'The Life Of Mahatma Gandhi'.


Selepas Yusufqardawi 'Aku dan Ikhwan Muslim' - Kuasa Kepimpinan Al Fateh - Nelson Mandela 'Long Walk to Freedom' dan kini sedang dalam proses menghayati kisah seorang lagi tokoh pejuang rakyat iaitu The father of India...

Mungkin untuk melepaskan bosan kerana tidak mendapat peluang ke PRN Sarawak kali ini selepas 2 tahun beraksi sepenuh masa, tulisan Louis Fischer menjadi santapan.

Ada beberapa sahabat dan kawan-kawan dari PR bertanya suasana perkembangan kempen pilihanraya sebelum pengumuman rasmi. Mungkin kerana terbiasa melihat saya dimana-mana saja ada program-program besar politik.

Tapi Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini tidak....berehat di bangku simpanan.

Saya hanya mampu menjawab, 'tidak dapat pergi, diarah menjaga kubu kali ini'

Sejenak sebelum pengumuman rasmi PRN Sarawak, saya mungkin juga kawan-kawan lain diluar sana seolah-olah terpukau dek kemenangan yang seakan begitu dekat melalui laporan dan perkembangan menjelang detik-detik terakhir kempen.

Berita yang begitu meyakinkan tersebut, melalikan sekejap perhatian kepada beberapa aspek yang penting yang menjadi kebiasaan untuk kemenangan berpihak kepada PR kali ini.

Tergesa-gesa, gopoh atau ?

atau kita yang teruja sangat mahu melihat kemenangan itu dengan jalan yang mudah?

Jika sebelum pengumuman rasmi statement ini dikeluarkan, tentu tidak siapa yang mahu ambil peduli..pesimistik! kata setengah orang yang tidak bersetuju.

Tanya mereka-mereka di Kelantan dan Kedah, bagaimana PR melalui hari-hari yang memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit. Gerun saya, andai itu ujiannya sebagai syarat Allah mahu kurniakan sebuah kemenangan.

Mestikah begitu jalan yang kita lalui untuk harga kepada kemenangan ?

Jika diukur dari sudut kesinioritian di Borneo, PAS Kawasan Tawau boleh dijadikan rujukan sejak sekian lama menjadi Kawasan yang tidak pernah kendur menghadapi Pilihanraya. Sudahkah kita belajar dari mereka, tentang apa yang mereka telah lalui?

Tidak bertujuan untuk mengkondem atau menjatuhkan motivasi petugas-petugas yang baru pulang dari Sarawak.

Tahniah kepada mereka. Merekalah pemain yang beraksi ditengah-tengah gelanggang sebenar.

Kepada yang hanya bertempik di luar padang, peluang masih ada lagi untuk pahala sebesar jihad, sebelum mulut terkedu ditanya soalan, oleh Dia yang memiliki hari pembalasan.

Sebelum kata mengguris rasa, mari saya hadiahkan sebuah makna perjuangan.

Dari nurani yang kuat untuk melihat kebahagian untuk semua, disana terbit kemahuan untuk membelah lautan dugaan dan rintangan. Biar tiada harta, biar berbenteng dada sekujur tubuh demi untuk mereka, ada insan yang tegar mengejar impian semua.

Dari mereka, di sana Allah mengajar kita tentang sunnah kemenangan yang ingin diberikan kepada sesiapa yang cuba mengintai. Mahatma Gandhi atau yang seangkatan dengan beliau, disana ada sunnah tentang kemenangan.

Belajar tentang kemenangan, izinkan saya terbang ke dunia Mahatma Gandhi...


di mukasurat mana saya berhenti tadi....

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer