Tentang Dirimu, Disana ada Kekuatan

Percaya kepada kebolehan diri dan yakin ia adalah faktor dalaman yang paling kuat untuk kita berubah adalah satu sifat yang terpuji.

Penciptaan diri kita sebagai insan dilengkapi dengan sistem metabolisma badan yang bertindak dalam pelbagai fungsi seperti sistem pemprosesan, sistem pertahanan, sistem penyelarasan dan lain-lain fungsi yang beroperasi secara sistematik.

Percaya dan yakin ini timbul hasil daripada rasa 'sedar' sebagai seorang hamba yang selalu meneliti secara penuh hikmah ciptaan Allah yang bernama diri.

Mengapa kita percaya dan yakin dengan sistem kereta 'first-hand' berbanding kereta second-hand?

Sebab kita percaya kereta baru tersebut memiliki sistem yang lebih baik....

Namun, disana ada kelebihan penciptaan diri kita berbanding penciptaan sebuah kereta.



Walaupun kedua-duanya memiliki fungsi sistem yang secara konsepnya hampir serupa, kekuatan holistik dan lahiriah yang ada pada diri manusia sama saja gambarannya seperti sebuah kereta 4 wheel yang mampu meredah bukit-bukau, hutan belukar, padang pasir dan pelbagai lagi cabaran bentuk muka bumi.


Cabaran Dari Dalam

Kalau cabaran luaran yang berbentuk angin taufan dan puting beliung mungkin tidak menjadi masalah kepada sesetengah orang.


Cabaran dari dalam diri?...

Bagaimana seorang yang takut pada ketinggian selama bertahun-tahun boleh berubah hanya dengan percaya pada kebolehan diri?

Kisah ini saya ambil daripada pengakuan seorang pakar motivasi yang berhadapan dengan pesakit seperti ini.

Bagaimana dia berubah?

Bagaimana dia melakukannya?

Bagaimana pula dengan teman-teman yang menghadapi gangguan makhluk halus yang katanya tinggal menyewa dengan tanpa izin tuan empunya badan?

Apa yang harus dilakukan?


Set Minda




Di kampus dulu, saya juga berhadapan dengan kes-kes 'mistik' seperti ini dan kebanyakkan mereka yang mengalami gangguan makhluk halus ini terdiri daripada golongan muslimah.

Adakalanya, kes-kes seperti ini bisa membawa kesan kepada komunikasi yang sedikit terganggu terhadap sesama rakan dalam organisasi.

Dan lebih merisaukan apabila si pesakit tersebut menerima dan mengiyakan semua masalah yang timbul berpunca dari dirinya.

Benarkah?

Kalau ia berlaku juga, adakah ia benar-benar diluar kawalan diri?

Bolehkah saya mengatakan, sekurang-kurangnya jika timbul masalah dalam komunikasi harian akibat makhluk yang menumpang itu kita mestilah dalam keadaan sedar bahawa ia bukanlah atas kehendak diri sendiri. Titik.

Jangan bebankan dirimu dengan rasa bersalah, seolah-olah mengiyakan andalah punca segala.

Mari bermula dengan kekuatan set minda.


Sebaik-baik Tawakkal


Sudah tentu jalan terbaik untuk kes-kes seperti diatas tidak lain iaitu kita serahkan kepada yang pakar.

Darus Syifa' ada, Ustaz Sharhan ada dan orang-orang yang ahlinya asal bukan bomoh sudahlah.

Dan sampai bila pula perawat-perawat ini mampu tiba pada masanya andai khidmat mereka sangat-sangat diperlukan?

Saya mungkin tidak dapat menyelami dunia sebenar teman-teman yang mengalami gangguan jin ini, tapi apa yang mampu saya berikan hanyalah bersandar kepada apa yang Allah kurniakan pada kita yang bernama diri ini.

Set minda yang betul telah mengubah bentuk dan warna dunia ini. Yang lemah menjadi kuat, yang sakit menjadi sihat, yang susah menjadi senang dan perubahan ini datang dari kekuatan dalaman.

Setkan minda secara tepat tentang masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannnya.

Yakinlah dengan apa yang Allah kurniakan pada dirimu, selepas itu gantunglah seluruh harapan kesembuhan itu pada-Nya dan itulah sebaik-baik tawakkal.

Maaf sekali lagi...

Selamat maju jaya




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer