Merakyatkan Dakwah

..Baru semalam saya menghadiri kursus Psywar anjuran Pakatan Rakyat, dan isi pembentangan oleh Sdr. Romli Ishak nampak ada sesuatu yang baru. Memandangkan beliau telah banyak terlibat dalam Parti Keadilan Rakyat sejak ia mula ditubuhkan, penyampaian dari satu point ke satu point pembentangan begitu padat dan sarat dengan fakta bersambalkan realiti.



Sdr Romli Ishak, tidak lokek berkongsi maklumat




..masih terbayang-bayang lawak-lawak spontan beliau, penuh makna.



Turun Padang Vs Dakwah


Bagi seorang YB, turun padang bersama rakyat merupakan aktiviti wajib dan termaktub dalam tugasan seorang pemimpin masyarakat. Ketika inilah, rakyat atau masyarakat akan menilai jauh atau dekatnya pemimpin yang mereka pilih masa mengundi dulu. Betapa kekoknya di zaman pasca politik ini, YB mee segera yang senyumnya baru berlatih depan cermin semalam, kerana jadual 'turun padang' bersama rakyat pertama kali hadir dalam mimpi seorang YB.



Pentingnya turun padang seorang YB sehingga ia bakal menentukan jatuh bangunnya beliau di mata masyarakat.



Turun Padang itu, jika mahu dikembalikan kepada seorang muslim sebenarnya tidak ada apa-apa yang baru bermula sebelum lagi seseorang dipilih menjadi YB. Sejak ia mengucap kalimah syahadah, maka bermulalah tugasnya sebagai seorang muslim untuk menyantuni dirinya, keluarganya, jirannya sehingga tumbuhan wal binatang yang hidup di bumi Allah ini. Kebajikan bagi diri muslim diangkat tinggi, sedang kezaliman di matanya adalah buruk seperti aib yang mesti disembunyikan dari mata orang. Mengajak kepada kebaikan ertinya menyelamatkan semua yang bergelar insan dari kejahatan tidak mengenal tuhan, dan perkara inilah menjadi tujuan perjalanannya. Turun padang ini, sebelum ini disebut sejak lama dulu dalam ungkapan yang sangat indah iaitu 'dakwah'. Anda mahir berdakwah, bermakna anda lebih dari seorang YB.



Dakwah Arus Perdana


Dakwah, dakwah, dakwah..Politik? Secara keseluruhannya, apa yang disampaikan dalam kursus Psywar Pakatan Rakyat iaitu kebersamaan. Berkepuk-kepuk strategi dalam dada, akhirnya perhiasan cuma jika proses menguasai minda sasaran undi atau melunakkan serangan propaganda musuh ( BN-UMNO) tidak diikuti oleh proses seterusnya iaitu kebersamaan. Ini samalah dengan anda sedang memanggil ke mari seseorang untuk datang dibalik pintu yang terkunci. Maksud saya lagi, dakwah anda mestilah dijalur politik dan politik anda mestilah dijalur dakwah. Dakwah tanpa politik, kata Al Ustaz Fateh Yakan 'tidak cukup umur' lalu tenggelam di perjalanan zaman. Politik tanpa dakwah?...UMNO lah jawabnya.



Bagaimana kebersamaan ini diungkapkan dalam realiti sebenar apatahlagi di arus perdana?


Saya cukup gembira bila Sdr. Romli Ishak yang cukup berpengalaman itu menyebutkan dengan jelas bahawa hidup bersama denyut nadi masyarakat bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan terutamanya oleh generasi muda. Cukup anda mendapat kepercayaan oleh orang kampung untuk mengepalai majlis-majlis tahlil atau khatib solat jumaat, anda sebenarnya telah berjaya mengarus perdanakan sebuah nilai yang disebut 'dakwah'.



Doa Selamat untuk Ikhwan Saifullah




di acara kemucak selesai mengepalai doa selamat



Kebetulan saya baru juga di amanahkan oleh orang kampung menguruskan solat jumaat, membacakan tahlil dan doa selamat. Berbekalkan kata-kata semangat Sdr. Romli semasa kursus tersebut, tidak mustahil PRU-13 UMNO-BN akan tumbang di Sabah kalau ada lagi 1o orang pemuda Pakatan Rakyat melakukan tugas yang sama.



..kalau begitu bolehlah saya bermimpi bergelar YB...kuuu semangat...










Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
  1. Salam ziarah..bley ba jadi YB yng penting niat untuk Islam.
    ameen

  1. salam,
    sebelum kemnangan politik dlm pilihanraya dan bergelar YB, pas harus memulakan kempen meYBkan pas diamata rakyat. walaupun kita belum menang lagi dlm pr, yg pnting rakyat sudah mengangkat kita menjadi pemimpin mereka. kemenangan yang pertama buat pas...

  1. w salam afiq,

    ..ha..ha..sebelum jadi Yang Berhormat, kena jadi Yang Berkhidmat dulu, baru tak kemaruk harta melulu, kalau tak makin jadi hantu...