Generasi 'Laskar Pelangi'

...'Penerbangan dijangka akan tiba 20 minit lebih awal dari dijadualkan'...suara anak kapal memaklumkan para penumpang AirAsia yang bertolak pada pukul 2.30 petang dari Kota Kinabalu.

Kali ini saya mahu berjalan-jalan, merasai suasana KL Sentral. Awal-awal lagi saya maklumkan kepada sahabat saya Sdr. Hendry agar mengambil saya di KL Sentral. Sebelum ini, tiba saja di LCCT, saya terus dibawa lari ke Negeri Sembilan tanpa sempat menaiki bas ke KL Sentral. Sungguh prihatin sahabat saya yang seorang itu.

'tuan, enta amik ana di KL Sentral ya', ana memujuk dalam sms. Lagi bagus, tidaklah menyusahkan beliau yang terpaksa menunggang motor dengan lesen dan road tax yang sudah 'expired'.


Generasi 'Sabah Baru'


Kalau tak silap, sebelum bertemu Jalan Raja Laut, kena lalu Jalan Chow Kit dan Petaling Street. Pertama kali bersiar-siar sekitar KL pada waktu malam, saya sedaya upaya mengimajinasi setiap lokasi jika pada waktu siangnya. Setahun sekali 'terpijak' KL sejak 2 tahu lepas, banyak yang hilang dari yang tersimpan dalam memori ingatan.




Ziarah saya ke Jalan Raja Laut agak bertuah. Hari ini, saya lantas dijemput oleh Bro Suhaizan Kaiat duduk ketika perbincangan tentang beberapa isu 'negara' yang sedang hangat memenuhi ruang. Besoknya pula sekali lagi saya dijemput oleh Ustaz Azman Syapawi berbincang-bincang juga soal mengatur & mentadbir negara. Masalah ummat & Negara, tidak ada lagi yang lebih besar untuk dirisaukan oleh abang-abang saya ini. Walaupun saya nampak kerdil berbanding topik yang sedang dibincangkan, saya seperti sengaja didedahkan dengan idea-idea yang besar impaknya kepada generasi akan datang, juga pendaulatan hukum Islam yang menjadi tujuan para mujahid.


Mungkin ada pihak cuba membuat kesimpulan, mengapa besar sangat agendanya? Banyak lagi soal yang kecil-kecil belum selesai. Apa dalam kerja-kerja dakwah, isu-isu yang nampak didepan mata sudahkah selesai.


Ya, kita akui, banyak lagi persoalan didepan mata yang belum selesai dan tidak akan selesai serta merta.


Mengapa perlu gerakkerja yang kita usahakan ketika ini sentiasa saja dikaitkan dengan hujung cita-cita yang jauh nun disana untuk digapai? dalam bahasa organisasi, Visi sentiasa menjadi tujuan setiap perancangan. Setiap perancangan perlu melangkaui objektif agar ia tidak bersifat semasa malah lebih dari itu, ia perlu bersifat berterusan melangkaui masa dan situasi. Visi yang menjadi tujuan manusia diturunkan ke dunia ini, akan menghimpunkan semua objektif semasa dalam satu jalur matlamat dalam kerangka hamba yang visinya menjunjung tinggi undang-undang dari langit.


Semua telah maklum tentang visi, samada yang haraki mahupun yang bukan haraki. Tinggal lagi bicara soal objektif atau saya suka menyamakannya dengan realiti. Realiti ini membawa kita semua turun dari langit visi ke bumi tempat berpijak yang kita hirup udaranya sekarang ini. Apa yang namanya ideologi bernama demokrasi, perkauman, teknologi maklumat, kesan globalisasi semua ini tidak dapat tidak, mesti menjadi bahan cernaan bagi akal kita. Daya serapan yang lemah dan proses cernaan maklumat yang tidak bertenaga bakal memberikan kesan akhir yang serius terhadap daya intelektual.




Saya cuba memahami bentuk masa depan politik di Sabah dengan menjejaki semula sejarah pergolakan politiknya sejak mula Sabah bergabung dengan Tanah Melayu. Umumnya, walaupun cita-cita Islam antara agenda besar tokoh-tokoh seperti Tun Datu Mustapha, masih lagi faktor Nasionalis sangat-sangat membayangi perjuangan tokoh-tokoh tempatan ketika itu sehingga nampak kabur antara cita-cita Nasionalis dan cita-cita Islam.


Jika kita semua gempar tentang rampasan kerajaan Negeri di Perak oleh barisan Nasional, terkedu dengan tindakan Sultan yang membelakangi undang-undang, teruja dengan Pakatan Rakyat, saya kira Sabah sudah melalui detik-detik tersebut. Pengulangan sejarah yang kita semua percaya pasti berlaku, kadang-kadang malah selalunya kurang dicermati oleh para da'ie yang mengakibatkan PAS hanya nampak di Semenanjung. Orang Sabah sendiri, seperti mencarik-carik bulu ayam, dengan harapan bertemu dengan PAS Sabah.

Inilah cabaran generasi 'sabah baru', bagaimana memobilasi keintelektualan yang mendasari penilitian, penilaian dan idea bernas untuk memberi jawapan terhadap isu-isu di Sabah dengan tujuan Islamisasi dari semua sudut.


Atau, apakah sebenarnya kita yang tidak yakin janji Allah, bahawa dia akan meletakkan agamaNya ditempat kekuasaan? ..Bila waktunya telah tiba, kita tertengadah lagi kerana terhantuk pada perkara yang berulang. Saya sendiri sudah berapa kali. Saya percaya anda semua juga akan...



Generasi 'Laskar Pelangi'





Sepanjang 3 hari menginap di Akademi Tahfiz Bestari Sg. Pusu, saya dihiburkan oleh telatah pelajar-pelajar Tahfiz yang rata-ratanya berumur 1o tahun. Bermacam-macam gelagat, walaupun saya tahu, mereka adalah anak-anak yang yang dipinggirkan hidup tidak berpunya. Muaz ditinggal kedua orang tuanya yang hilang entah kemana. Adam dan Aiman saudara kembar cuma mampu merasai kasih sayang seorang ayah setiap hujung minggu kerana bahana perceraian. Ada anak seorang ibu tunggal, ada anak yang tidak tahu asal-usulnya.


Keberadaan mereka di Akademi Tahfiz ini, saya yakin dan berdoa jalan yang mereka tempuhi ini merupakan perancangan Allah, untuk satu tabir yang tersingkap pada satu masa nanti, merekalah pemegang panji-panji agama ini. Selagi adik-adikku ini istiqomah mengejar pelangi mereka, pasti di hujung sana janji Allah sedang menanti.


Saya banyak bertemu dengan individu yang hebat-hebat. Sebahagian besarnya bukanlah siapa-siapa, mungkin anak seorang nelayan atau anak seorang yatim, namun sedih duka lara kehidupan itulah yang membentur jiwanya menjadi seorang yang kental dengan cabaran, mengejar cita-cita tidak pernah jemu.


Sebab itu kita semua adalah laskar!


Wahai Laskar, kejarlah pelangimu!







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
  1. Takda buah tangan ka bang????

  1. W salam,

    Ada, buah tangan tidak ada, buah fikiran banyak..

    Jangan asyik termenung depan gunung kinabalu tu..

  1. Realiti harapan dakwah dan sinar dinul Islam di bumi bayu acapkali kurang dihadam, difahami dan dimengerti dengan mendalam oleh para da'ie, mujahid dan mujahidahnya. Hingga kekadang tidak terarah dan bagai keliru aturan langkah perjuangannya. Dilema dakwah ataupun siasah mana yang utama masih bermain diminda. Ya..mungkin sewajarnya bergerak seiring..namun mampukah dimanifestasikan? Gelombang tsunami politik di semenanjung menghempas kita di pantai siasah namun hakikatnya pulau dakwah perlu didiami dan dimeriahkan terlebih dahulu. Hakikatnya, bumi bawah bayu ini lubuk untuk insan yang mahu dinobat penegak syariatNYA! Terus..dan terus..kejar pelangi itu..

  1. kalau ada baby yg baru lahir, ibu bapanya tidak mampu, atau dibiarkan email saya: nhy34@yahoo.com.my. saya sangat2 ingin mencari anak angkat islam atau cina, atau kadazan atau agama lain pun tak apa

  1. Salamaualaikum Akhi.. HuHu... sedih baca artikel nih.. Berat rasa hati.. berat lagi bahu yang memikul.. bang.. doakan agar kita semua istiqamah k.. Ameenn...