Mencabar Kebiasaan




Wajah Ceria, Semangat Baru Mahasiswa Sabah


Ketika terdengar desas-desus bahawa GAMIS Sabah akan menghantar memorendum kepada Ketua Menteri Sabah Dato Sri Panglima Musa Aman, saya tersenyum. Hati saya berkata,'andainya ia satu kenyataan'..


Terbukti dan mereka telah membuktikannya, adik-adik saya ini tentunya sudah mengambil keputusan bahawa mereka bukan lagi mahasiswa asal-asalan, seperti robot yang tidak punya akal untuk berfikir, kontang dari gerak hati yang kuat untuk melakukan perubahan.


Mungkin ada kata-kata sinis yang kedengaran lewat penghantaran memorendum tersebut. Tak mengapa. Dalam suasana generasi Sabahan dan di tanah Sabahan ini sendiri yang agak asing 'melawan' orang besar yang punya kedudukan, ia tidak boleh dibanding-banding dengan akitivisma mahasiswa di semenanjung. Kerana apa?..panjang ceritanya, banyak bezanya.


Daerah Baru


Bagaimanakah perasaan anda ketika menjengah ke satu tempat yang tidak pernah anda terbayang untuk kesana?


Tentunya ia satu pengalaman perasaan yang sungguh menyeronokkan. Ketika itu, terlupa seketika penat lelah perjalanan yang baru ditempuhi sebentar tadi. Hilang ditiup angin cerita-cerita dongeng yang cuba menggugat perasaan untuk terus melangkah. Kerisauan yang mencengkam kemahuan akhirnya bertukar menjadi satu keyakinan yang tertancap teguh. Tinggal anda tersenyum-senyum sendirian, menikmati bayu di puncak kemenangan.


Daerah baru yang baru ditemui, membuka satu lagi ruang baru dalam hidup. Jika difikirkan sangat soal kekurangan-kekurangan yang ada, tentu tidak akan sampai menjelajah daerah baru ini. Jika ada orang mahu agar setiap langkahnya yang hendak terperosok kedalam lubang, sentiasa saja ada orang kebetulan disitu berdiri dan berkata, 'awas, ini lubang', ini adalah satu kemustahilan. Bagus juga kalau sesekali terperusuk masuk, sekurang-kurangnya tahulah kita, ada pengalaman bagaimana sakitnya jatuh ke dalam lubang.


Albert Enstein seorang ahli fizik yang terkenal di abad ini berkata, 'saya bukanlah siapa-siapa, cuma orang biasa yang penuh dengan tanda tanya'. Dengan tanda tanya itulah beliau meneroka dunia yang penuh tanda tanya ini lantas terhasil teori kuantum masa yang terkenal. Lalu ia cuba dikembangkan lagi oleh anak-anak muridnya sehingga ke hari ini. Ketika persoalan tentang keunikan hukum alam ini begitu mencetuskan rasa ingin tahu membuak-buak, Enstein ketika itu masih seorang pemuda dan hasilnya, beliau berjaya menjelajah ke daerah baru pemikiran. Membuka semangat baru kepada pemuda-pemuda saintis yang lain. Membuka dunia baru kepada kehidupan.


Seperkara lagi juga dari Enstein, katanya, 'suatu masalah biasanya dapat diatasi bukan dengan penyelesaian yang setara dengan masalah tersebut, tetapi dengan yang lebih baik dari masalah tersebut'. Ertinya, tidak sekadar melihat masalah bukan saja dengan menelusuri dimana puncanya, tetapi lebih dari itu, masalah yang terjadi biasanya disebabkan dimensi pandangan yang tidak pelbagai. Kebanyakkan penyelesaian tersebut ada disana, diluar kotak pemikiran dan kejiwaan yang ada ketika ini. Tanpa satu cabaran dan asakkan, jiwa dan pemikiran kita tidak akan mampu kesana, daerah baru pemikiran. Oleh itu, teruskan tradisi mencabar kebiasaan!





Syabas adik-adikku. Ayuh terus mara, hayunkan langkahmu ke medan juang!






Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
  1. salam...

    syabas diucapkan kepada GAMIS..jgn takut utk menegakkan kebenaran..cuma saya nasihatkan jgn hanya bersilat dlm gelanggan ketika di kampus ...tapi selepas keluar kampus..sepi seribu bahasa..mcm yg terjadi dgn teman2 saya yg aktif memperjuangkan kebenaran masa dikampus UM ..tapi bila dan grade semacam singa tak bertaring..
    klu ada pun hanya berteriak dibelakang tapi sbb ......


    teruskan usahamu sehingga suria kebenaran terpancar ke seluruh bumi sabah.