Bunyamin; Hatiku di Kelantan

Senyumnya, riak wajahnya, saya sudah tahu semuanya berjalan lancar. Sebelum itu lagi, tapi berita gembira melalui sms saja, tidak mampu memberikan gambaran sebenar.


..Alhamdulillah...Tahniah Sdr Bunyamin, walaupun agak terlambat sedikit mengucapkan tahniah.


Saya tahu sahabat saya seorang ini, duka pilunya seiring senyum dan gurau sendanya melalui perjalanan yang panjang ujian tuhan. Rasa apa yang terselit dibalik hatinya, juga ada pada saya.


Namun kali ini, saya tidak lagi dapat merasai apa yang baru dilaluinya. Ya, walaupun senyuman yang sama, saya tahu hanya mereka yang sudah sampai seru saja yang boleh berkongsi rasa yang sama. Ketika itu, siaplah saya yang akan menjadi mangsa buli orang yang dah kahwin.


Saat-saat bahagia, Bunyamin dan Isteri


"Lima tahun man menunggu!..tegas Bunyamin


"Iya Bun?, saya seakan - akan tidak percaya.


malam itu, saya tekun mendengar saat-saat lucu tapi mendebarkan majlis pernikahan yang saya kira berjaya meruntuhkan tembok mitos antara kelantan dan Sabahan. Sebelum ini ada sejarah, beberapa orang sahabat dari Sabah yang tidak sampai jodohnya dengan muslimat kelantan. Banyak sebabnya, tapi yang selalu menjadi alasan, "orang jauh" kata keluarga muslimat.


Oleh kerana sembang-sembang malam tersebut terlalu panjang, saya pun tidak bercadang menerbitkannya sepatah-sepatah dalam blog ini. Cuma saya katakan kepada beliau saya akan berikan tajuk yang sesuai. Banyak-banyak tajuk, inilah tajuk post yang beliau setuju sebagai mewakili kisah sebuah perjalanan jodoh yang panjang, penuh ujian kesabaran dan pengorbanan.


Lepas ini, ada 2,3 orang lagi yang akan menyusul..Tungguuuuuuu

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
  1. Salam ziarah...

    Alhamdulillah...

    Siapakah yang akan menyusul tu..hu3
    kita nantikan...

  1. Kisah Kelantan & Sabah yg tak jadi tu mungkin sebagai satu hikmah....
    kerana borneo perlu diperteguhkan oleh pasangan2 yg pior dari borneo dan juga untuk lengkapkan gagasan 'Selamatkan Muslimat Borneo'.

  1. Wah, besar gagasannya tu Bro KJ..