Rasulullah Bagi Mereka





Saya menerima jemputan untuk mengisi program di Sekolah SK Tebobon. Slidenya pun sudah disiapkan dengan beberapa point-point penting yang mudah untuk dicatat oleh audiens nanti.

Semalam saya juga menjadi moderator untuk satu lagi majlis sambutan Maulidurrasul. Audiensnya ramai dikalangan golongan dewasa dari pelbagai latar belakang profession pekerjaan. Maka bahasanya pun mestilah selaras dengan level audiens yang ada. Ini tiada masalah, kerana level pemikiran yang tidak jauh berbeza.

Sebaik menjejak kaki di depan dewan, saya disambut mesra oleh beberapa orang guru dan jawatankuasa. Sempat juga saya mencuri pandang kearah audiens yang sudah lama menunggu agaknya.

Sepintas lalu, saya rasa ada sesuatu yang perlu dilakukan dengan audiens saya. Slide yang saya sediakan semalam terpaksa ditolak ketepi demi untuk meraikan mereka.....

'Bagaimana memperkenalkan Rasulullah mengikut laras bahasa mereka'

Melihat kepada telatah mereka yang rata-ratanya berumur 8 hingga 9 tahun, otak saya ligat mencari dan mencerna posisi pandang mengikut level mereka. Sambil menyusun beberapa slide, saya mencuri pandang ke arah audiens sambil otak terus ligat mencari dan mencantum isi dan penyampaian yang mudah.

Alhamdulillah, lagu 'The Chosen One' membuka benteng saya dan audiens tanpa sebarang halangan umur dan bahasa.

Nabi seorang yang penyabar,

Nabi seorang yang toleransi,

Nabi seorang yang baik hati,

Nabi seorang yang penyayang....

Inilah isi penting saya dan kami semua ceria berkenalan dengan kekasih junjungan mulia Muhammad S.A.W

Selawat dan salam ke atas baginda.....






Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer