Sisipan Buat Para Konvensioner & Muktamirin


Tenaga muda menyambung legasi perjuangan orang lama

Seperti ada wajah dan semangat baru dalam Konvensyen PAS Sabah kali ini. Sepanjang saya hadir dalam beberapa program besar sebelum ini, belum pernah saya melihat adanya satu gabungan yang agak baik antara orang muda dan orang lama.

Berkat kesungguhan orang lama, bersabar dan istiqomah merintis jalan perjuangan disamping mentarbiah anak-anak muda, hasilnya pada hari ini lahir tenaga-tenaga muda yang bersiap menggalas tanggungjawab dan amanah yang akan diberikan...dengan izin Allah.

Saya ingat dulu besarnya hati orang lama menerima tenaga-tenaga muda ini yang lahir dari didikan tangan mereka sendiri, hingga kadang-kadang tercabar seketika ego seorang ayah. Mana tidaknya, bila yang dipersoalkan oleh orang muda itu bagai tiada apa-apa yang dikorbankan untuk masa depan perjuangan ini.

Tenaga muda pula, fitrahnya yang pantas dan bertenaga tanpa menghirau apa ujian yang bakal menimpa, semua dianggap mudah sahaja. Yang penting, 'perubahan' mesti berlaku!

Betapa cantiknya, bila dua zaman yang berbeza ini mampu mencari titik kesamaan yang mengartikulasi gerak kerja, mengupayakan organisasi dan mengangkat mesej perjuangan ke tengah-tengah medan.

Inilah yang kita harapkan dari jalinan orang lama dan tenaga muda, dan inilah yang mahu saksikan daripada konvensyen ini....


Kredibiliti



'mencari kemenangan' itu dihuraikan panjang oleh orang yang selayaknya. Sebelum itu, muktamar pemuda bertemakan 'melangkah gagah, memimpin perubahan'. Seperti biasa lajunya orang muda, temanya pun seperti 'laju' sedikit dari tema konvensyen.

Akhirnya, sehari suntuk itu meresolusikan 7 perkara yang menjadi garis besar kepada para konvensioner, untuk sampai kepada persoalan siapa kita dihujung agenda 'mencari kemenangan' itu nanti.

Saya yakin 7 resolusi itu berkisar tentang beberapa persoalan berikut ;

...bakal menatijahkan siapa PAS di bumi Sabah ini?
...Mampukah PAS Sabah mengangkat isu yang lebih nasional sifatnya?
...Mampukah PAS Sabah menyediakan solusi polisi dan dasar kepada permasalahan rakyat?


Saya fikir ini adalah soal 'kredibiliti' kita. Kemampuan yang ada pada kita mesti sampai ke tahap yang seharusnya. 'Mencari Kemenangan' melonjak kita selangkah lagi kehadapan.

Bersediakah kita menjangkau aspek yang lebih besar dan lebih luas? mahu tidak mahu, lambat atau cepat, persediaan mesti bermula sekarang!



Prinsip dan Kaedah

Tentunya setiap peserta yang pulang ke kawasan masing-masing ada perancangan sendiri. Dari respon peserta, saya cuba membaca beberapa halangan yang nampak halus tetapi kesannya sedikit melambatkan pergerakan.

Saya sedikit gusar bila ada idea-idea baru yang cuba dibawa oleh beberapa penyokong atau pendokong ditolak mentah-mentah. Walaupun tujuannya adalah sama iaitu untuk sama-sama 'mencari kemendangan', sedikit kegopohan pada idea itu tidak seharusnya menutup pintu kita untuk menilai pengalaman orang lain yang boleh dimanfaatkan.

Perbezaan sebegini perlu diuruskan...

Setelah semakin bertambah sokongan ramai kepada kita, kita pula mula menutup dan menyempitkan ruang untuk idea terus berkembang.

Luaskan skop capaian sempadan daerah Prinsip dan Kaedah, dan kita akan dapat menikmati 'peluang' dalam setiap masalah.


Perwakilan





Para muktamirin sekalian, adakah tugas kamu telah selesai?

Andakah yang telah diamanahkan untuk memilih barisan kepimpinan yang akan menerajui agenda besar gerakan Islam?

Mudahnya tugas itu, tahun depan bermuktamar datang lagi berlenggang, angkat tangan mengundi dan balik..itu saja?

Muhasabahlah dirimu...

Ada beberapa aspek yang perlu di perhatikan oleh perwakilan dan pemerhati ;

Pertama, adakah anda memahami secara jelas skop tugasan setiap lajnah dalam organisasi?

Jika ya, soalan kedua...adakah anda tahu kebolehan setiap kepimpinan yang dipilih?...Apa penilaiannya?

Jika benar, soalan ketiga... adakah anda telah maklum apakah halangan kepimpinan yang dipilih mengikut lajnah yang diamanahkan?

Meletakkan agenda perjuangan pemuda dipersada arus perdana politik, ada pimpinan yang mesti bersemuka dengan sepak terajang politik, ada pimpinan yang wajahnya mesti terpampang di dada media, ada pimpinan yang menghadapi akibat yang tidak terduga.

Kerja kerajaan, berniaga, sepenuh masa dalam parti.....ini semua penentu kepada terealisasinya tema besar kita 'melangkah gagah, memimpin perubahan' .

'Saya pilih ustaz Kamal, sebab wajahnya jernih dihias janggut, cakapnya pun lembut'..saya fikir ini tabiat yang mesti dielakkan oleh perwakilan.

Pesan saya, baliklah ke kawasan masing-masing dan bekerjalah....

Nilailah perjalanan gerakkerja yang kita sama-sama berjanji untuk melaksanakannya. Tahun depan jika di izinkan Allah, kembalilah ke dewan muktamar ini bukan lagi menyoal mutu kepimpinan tetapi sebagai muktamirin(perwakilan & pemerhati) yang berwibawa!


Seeru ala barakatillah!




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer