Menuju 16 September, Optimis Negara Berkebajikan
Sebelum ini saya ada meluahkan sedikit kerisauan saya tentang masa depan Pakatan Rakyat Sabah yang pada saya masih tidak ada asas yang kukuh untuk meyakinkan rakyat negeri ini sebagai pengganti kepada Barisan Nasional.
Apakah perkara asas itu?
Ditambah lagi dengan ikatan kerjasama dalam Pakatan yang masih agak longgar dalam suasana di satu pihak iaitu BN-Umno terus menunjukkan prestasi yang teruk tahap gaban. Hanya kerana sentimen 'budi BN' terus dilagukan, rakyat negeri ini menjadi serba salah dan 'kasihan' untuk meninggalkan BN untuk kali yang pertama, jika benar ia berlaku pada PRU ke 13 nanti.
Persembahan Pakatan Rakyat perlu dilihat kemas dipentas.
Respon kepada isu utama negeri Sabah terutamanya melibatkan ketiga-tiga parti komponennya PAS, PKR & DAP masih terlalu jarang, sedangkan ini adalah imej kekuatan kepada PR Sabah. Ia juga satu penumbuk di rusuk kepada Umno-BN.
Kebimbangan saya terus berlarutan bila ada sesetengah tempat dan kawasan masih tidak tahu apa itu Pakatan Rakyat!?
Benar, siapa dalam Pakatan Rakyat Sabah pun jika dicongak-congak kepada masyarakat akar umbi pasti menimbulkan beberapa persoalan kepada usaha turun kebawah pemimpin PR.
Pakatan Rakyat?...ada makcik-makcik yang tergaru-garu kepala.
Kita juga akui ada persaingan sihat diantara ke tiga parti kompenen untuk sama-sama menempatkan diri dalam pentas politik Sabah dan keperluan untuk bergerak lebih tangkas sangat mendesak.
Dalam suasana itu persaingan ini pun perlu juga diuruskan sebaiknya. Ada masa dan ketikanya penonjolan parti sendiri diutamakan, ada masanya ketiga-tiga pemimpin parti perlu duduk bersama menunjukkan kesepakatan dan kesatuan yang lebih baik daripada Umno-BN. Tidak perlulah berlumba-lumba naik kepentas sekali dengan ketua ranting atau cawangan kecil-kecilan semata-mata semata-mata lensa para wartawan berebut-berebut mahu menangkap barisan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga menenggelamkan pemimpin utama Pakatan.
Saya kadang-kadang tertunduk malu melihat telatah sedemikian rupa dalam majlis yang besar. Letak saja wakil daripada 3 orang wakil PAS, PKR & DAP diatas pentas sebagai gimik, cukup!
Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah
Saya memang ternanti-nanti satu hasil yang memberangsangkan daripada PR Sabah. Syukur, perasaan saya kembali segar menanti perkembangan terbaru ini.
Ada beberapa isu yang akan disentuh yang melibatkan kedaulatan negeri ini, dan pembentangan isu telah dibahagikan kepada ketiga-tiga parti mengikut kapasiti kekuatan yang masing-masing punyai.
Perbincangan mendalam telah dilaksanakan dan menunggu masa dan tarikh yang dijadualkan iaitu pada 16 September untuk ketiga-tiga parti membentang gagasan masa depan untuk rakyat negeri ini.
Dokumen yang menjelaskan bentuk dan garis besar kepada dasar pemerintahan PR pada masa akan datang ini adalah bukti kukuh komitmen Pakatan, tidak sekadar mahu menggantikan kerusi yang ditinggalkan oleh Umno-BN tetapi lebih dari itu ia menawarkan polisi pemerintahan yang lengkap dari sudut politik, ekonomi, sosial dan agama yang praktikal dan realistik untuk rakyat negeri ini.
Maknannya, kesungguhan Pakatan ini tidak sekadar dilontar kosong dalam ceramah-ceramah tanpa ada dasar-dasar yang jelas tertulis yang boleh disemak ketelusannya samada sebelum atau selepas mendapat mandat rakyat pada PRU akan datang. Ini antara tujuan besar kenapa perlu lahirnya sebuah dokumen yang jelas dan terperinci.
Saya juga yakin selepas lahirnya sebuah dokumen 'buku jingga Sabah' ini, pelbagai isu yang tidak pernah selesai dan kontroversi selama ini akan ada pencerahan. Sudah tentu Umno-BN tidak akan senang duduk dan serangan bertalu-talu akan dilancarkan untuk menjatuhkan dan memberikan imej yang lemah terhadap intpati dokumen itu nanti.
Harapan saya agar PR Sabah tidak goyah terhadap serangan-serangan yang akan datang, tetapi terus memfokus kepada agenda besar bersama untuk memperhalusi, memperkemas dan mempromosi kandungan buku jingga Sabah. Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan negeri Sabah selain menjadi panduan bersama, perubahan-perubahan semasa juga perlu diambil kira tanpa mengabai apa-apa yang telah termaktub pada keadua-duanya.
Isu Agama, PTI dan hak bumiputera Sabah antara isu yang mungkin sedikit timbul perbezaan pandangan namun, perbincangan dan penjelasan yang terarah akan memperkukuhkan dan menampung kelemahan yang ada. Ini perlukan sedikit masa untuk diselesaikan memandangkan perbincangan serius yang menyentuh soal-soal yang agak 'privacy' jarang sekali dibawa kemeja mesyuarat pimpinan PR Sabah.
Mudah-mudahan 16 September itu nanti berjalan dengan baik dan kita akan melihat usia PR Sabah selangkah lagi meningkat matang. Untuk ketiga-tiga parti komponennya PAS, PKR dan DAP perlu terus membuka ruang-ruang perbincangan dan dialog kerana kita mahu PR berkesinambungan bersama arus perubahan demi untuk rakyat, dan biarkanlah Umno-BN bernafas dalam sentimen, terkubur dalam penafian.
16 September, asas membangun negeri berkebajikan negeri Sabah!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
August 28, 2011 at 6:31 AM
Ada kelegaan yang dirasakan sedikit bila membaca tulisan kali ini. Merasai hidup dalam dua dunia, Pakatan Rakyat Sabah dan Pakatan Rakyat Semenanjung..sungguh berbeza,sebab medan dan padangnya sangat berbeza. Masing-masing ada rentak sendiri.
Namun, bukan penghalang untuk pakatan rakyat sabah menentukan rentak sendiri. ini padang kita, kita lebih tahu gaya dan strategi yang boleh menangkan kita. Boleh jeling-jeling padang orang lain, ambil mana-mana strategi yang sesuai dengan padang sendiri.
Terfikir 2 benda paling penting dirasakan untuk direalisasikan seiring kemunculan buku jingga versi sabah.
1) TOKOH PEMIMPIN (figur)
PR Sabah perlu lebih serius untuk membariskan 'komander-komander' yang mengepalai PR Sabah. Jika serius mahu mengganti BN di sabah. Rakyat mahu melihat barisan kepimpinan yang ditawarkan oleh PR Sabah dari sekarang. DAP Sabah kelihatan lebih kehadapan dalam menonjolkan tokoh pemimpin mereka. PAS kena berusaha lebih.
2) MENGHAPUSKAN BLINDSPOT yang ada pada rakyat.
Salah satu cara mau membebaskan minda rakyat yang selama ni 'terpuruk' adalah dengan menghapuskan blindspot yang ada. Blindspot wujud sebab maklumat x sampai,maklumat disekat. Jadi rakyat x nampak. Kena lebih banyakkan ruang & medan interaksi dengan rakyat. Ceramah mungkin sudah biasa walaupun x selalu, forum,dialog. Kena lebih rajin untuk cakna isu-isu berkaitan ekonomi,sosial,pendidikan..kena mula bertindak betul-betul on the way mau jadi pemerintah negeri Sabah. Kalau sudah ada buku jingga negeri Sabah, lagi lah usaha memberi pencerahan kepada rakyat kena lagi laju..
Setakat ni,dua ni jak cadangan yang difikir-fikir.Sekadar melontar mencadang..tidak minta untuk dipersetujui.feel free to disagree.. :)
WaALLAHUA'lam
BaitMembakut