Di Mana Engkau Tuhan
puncak Poring-poring, Inanam
Terasa, inilah gelombang kedua ujian yang datang memukul.
Dalam kesibukan teman-teman lama kerisauan gaji beribu yang hampir kering pada setiap hujung bulan, sahabat saya seorang ini kerisauan...Apakah ada apa-apa untuk bulan ini?
Kadang-kadang tanpa saya sengaja, melontarkan satu lagi tanggungjawab dakwah yang mungkin sukar untuk beliau tolak ke tepi..
'Enta kena duduk 20 tahun di Sabah'.....walaupun bondanya sering rindu, hanya sms menjadi penawar duka.
Sewaktu ziarah ke satu keluarga muallaf yang lama tidak dikunjungi, langkah kaki terpacak seketika. Semakin mendaki bukit-bukit menuju destinasi rupanya, puncak poring-poring Inanam ini tidak kurang indahnya. Apa kurangnya puncak poring-poring banding kundasang yang sejuknya menyelimuti suasana, kabus yang putih perlahan-lahan berarak membuka lembah yang cantik, menjemput sinar mentari masuk menyerlahkan sungai-sungai mengalir yang tadi tidak kelihatan, menyempurnakan seni keindahan yang maha halus pada petang itu...Subhanallah
Seperti seorang musafir yang berkelana jauh, akhirnya kembali ke kampung halaman yang sekian lama kerinduan. Seolah-olah begitulah jiwa yang hilang haluan menempuh perjalanan masa, surut semula dari kegelisahan, keresahan dan kehampaan kembali pulang ke asalnya iaitu keyakinan kepada kasih sayang tuhan. Saya mahu memindahkan perasaan dan kenangan ini kepada sahabat saya itu, moga ditengah badai ujian melanda, ada Dia yang tidak pernah lekang mendengar tangis hatinya, yang sembunyi tidak kedengaran.
Walaupun yakin kita tuhan itu ada dimana-mana, ajarlah ia agar sengaja hati kita mencari-cari. Moga tunduk hati yang keras dengan rayuan dan rintihan kepada-Nya. Hadir damai dan tenang dalam dakapan rahmatNya.
Dimana Engkau Tuhan?..mungkinkah dipuncak gunung yang tinggi..atau ditepi lurah yang dalam..atau di sawah panjang bersusun..mungkin di langkah petani pulang petang..atau diangin sepoi-sepoi bahasa..atau di awan berarak lesu..dimana Engkau Kekasih

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer